Misteri mayat warga emas dalam peti beku lebih 10 tahun, polis masih kesan saksi kejadian
MISTERI kehilangan seorang warga emas akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam peti beku di sebuah bangunan lama di Forest Gate, Newham, London, United Kingdom.
Sebenarnya, Roy Biggs yang dipercayai berusia 70 tahun ketika meninggal dunia dilaporkan hilang sejak Februari 2012.
Pun begitu, apa yang menimbulkan tanda tanya adalah bagaimana mayat lelaki malang itu boleh ditemui di dalam peti beku di dalam bangunan usang yang sebelum ini menjadi bar minuman arak?
Lapor mirror.co.uk, mayat Biggs ditemui oleh sepasukan pekerja kontraktor yang sedang mengubah suai bangunan tersebut pada Oktober 2021.
Sebelum kejadian kira-kira jam 3 petang, pekerja tersebut sedang membersihkan dan membuang perkakas lama termasuklah peti beku tersebut yang terletak di ruang bawah tanah.
Mahu dijadikan cerita, mereka sempat membuka isi dalam peti beku berkenaan sebelum membuangnya, namun apa yang ditemui memang memeranjatkan.
Baca juga Mayat kanak-kanak tanpa organ, kaki, rambut, otak ditemui. 7 fakta mengenainya
Mayat yang sudah mereput dan lengkap dengan pakaian itu seolah-olah disimpan di dalam peti beku tersebut tanpa pengetahuan sesiapa.
Sama ada dibunuh atau mati mengejut, punca kematian masih dalam siasatan.
Menurut portal itu lagi, laporan polis menunjukkan mayat tersebut adalah milik Biggs melalui pemadanan rekod pergigian.
BANTUAN ORANG RAMAI
Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau melihat mangsa sebelum kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.
Ini kerana mangsa dilihat buat kali terakhir ketika usianya 67 tahun dan dipercayai sudah lebih 10 tahun sebelum ditemui mati di dalam peti beku tersebut.
Baca juga Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu
Memetik kata Ketua Detektif Pasukan Pakar Jenayah Metropolitan London, Kelly Allen, pihaknya percaya mayat mangsa sudah berada di dalam peti beku untuk tempoh yang lama.
"Jika dapat bercakap dengan individu yang mengenali mangsa, mungkin dalam membantu menyiasat bukan sahaja gaya hidup dan kelakuan, malah keberadaan Biggs pada kali terakhir dilihat.
Baca juga Orang kaya baru, lelaki beli peti sejuk terpakai, jumpa duit hampir RM400,000
"Tidak mengira sama ada anda mengenalinya sudah lama atau sebaliknya, sebarang maklumat yang mungkin berguna boleh dikongsikan untuk siasatan ini," katanya memetik laporan tersebut.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Pihak polis turut mengedarkan foto Biggs kepada orang ramai supaya dapat membantu berkongsi maklumat walaupun sekadar panggilan telefon jika bimbang dengan keselamatan diri.
Hasil bedah siasat juga menunjukkan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang