MASIH sempurna walaupun sudah berusia lebih 100 tahun! Mumia budak perempuan yang disimpan di dalam kotak kaca di Palermo, Sicily, Itali sehingga kini masih misteri.

Mana tidaknya, walaupun jasad Rosalia Lombardo yang meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia itu terbaring kaku, namun ramai yang kata pernah melihat matanya berkelip dan terbuka.

Bunyinya agak menyeramkan apabila itulah khabar angin yang bertiup kencang mengenai mayat kanak-kanak yang meninggal dunia ketika berusia setahun tersebut.

Lapor UNILAD, mumia yang ditempatkan di ruang bawah tanah di Biara Capuchin berkenaan menjadi tumpuan ramai sejak bertahun lamanya.

mumia budak perempuan
SUMBER foto: UNILAD.

Ini kerana Lombardo yang ditempatkan bersama 8,000 mumia lain dikatakan menerima jolokan mumia tercantik di dunia kerana dipelihara dengan baik.

Bayangkan, walaupun sudah berusia lebih satu abad, namun keadaan tubuh Lombardo masih sempurna dengan rambut perang dan kulit yang tidak mengecut.

Menurut portal popular itu, pelbagai spekulasi muncul termasuk mendakwa jasad kanak-kanak berkenaan hanyalah replika lilin palsu.

mumia budak perempuan
SUMBER foto: UNILAD.

Bagi mematahkan tuduhan tersebut, pihak berwajib melakukan pelbagai ujian termasuklah membuat imbasan sinar X untuk melihat organ dalaman.

Hasil pemeriksaan menunjukkan mayat Lombardo adalah asli apabila melihat struktur rangka termasuk otaknya seperti manusia biasa.

Baca juga Laman terbiar, jiran sangka sudah berpindah, bongkar penemuan ‘mumia’ nenek mati terduduk 2 tahun

Walaupun organ dalaman mengecil hingga 50 peratus berbanding saiz asal, namun semua itu membuktikan bahawa mumia tersebut benar-benar asli.

PENJELASAN

Berbalik kepada kisah mata Lombardo berkelip atau terbuka, sebenarnya banyak kajian dibuat termasuklah rakaman video yang dipasang khas.

mumia budak perempuan
SUMBER foto: ALLTHATSINTERESTING.COM.

Apa yang mengejutkan, beberapa gambar dan video mendedahkan bahawa mata Lombardo terbuka dengan pecahan satu inci.

Portal itu memetik kenyataan ahli kurator, Dario Piombino-Mascali pada tahun 2014 menerangkan bahawa semua itu sekadar ilusi optik semata-mata.

Iklan

Baca juga 100 keranda berisi mumia, 40 patung emas dijumpai dalam keadaan masih kukuh

“Hal itu terjadi disebabkan penghasilan cahaya yang menapis melalui tingkap sisi keranda kaca berkenaan dan mata mumia itu tidak tertutup sepenuhnya.”

mumia budak perempuan
SUMBER foto: ALLTHATSINTERESTING.COM.

Barangkali ramai ingin mengetahui kisah sebenar dan asal usul jasad kanak- kanak perempuan itu yang tidak disemadikan seperti budak lain.

Menurut fakta yang dikongsikan allthatsinteresting.com, Lombardo dikatakan anak kepada seorang bangsawan yang kaya-raya, Jeneral Mario Lombardo.

Baca juga Rangka kanak-kanak berusia 6,000 tahun ditemui di gua paling mengerikan

Iklan

Beliau yang sangat sedih atas pemergian anak perempuannya tidak sanggup untuk mengebumikan dan sebaliknya memilih untuk mengawet mayat supaya kekal selama-lamanya.

mumia budak perempuan
SUMBER foto: ALLTHATSINTERESTING.COM.

Sekali pandang, memang seramlah. Seolah-olah kita melihat patung budak perempuan yang sedang tidur lengkap dengan gaun dan reben pada rambutnya.

Mungkin budaya di negara sana memilih untuk mengawet mayat ahli keluarga dan disimpan di kawasan biara, namun di negara kita lain ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan