NEKAD menculik anak bekas teman wanita, seorang lelaki tergamak memasukkan baby ke dalam beg tangan serta menggantungnya pada motosikal.

Namun usahanya tidak kesampaian apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan lelaki itu menculik bayi berusia dua hari tersebut dari sebuah hospital dengan niat mahu membesarkannya.

Menurut laporan The Thaiger, kejadian tersebut berlaku di wad hospital wilayah Nokhon Pathom, Thailand.

Menurut suspek, dia meninggalkan rumahnya pada jam 3 pagi pada 13 Ogos lalu dan pergi ke hospital secara rawak dengan harapan dapat mencari anak bekas teman wanitanya.

Baca juga Umpan gula-gula, jajan sebelum menculik. Namun, tindakan berani kanak-kanak ini dikagumi ramai

Kredit foto: Freepik

 

Setelah melihat bayi berkenaan, dia kemudian memutuskan untuk membawanya keluar dari hospital dan ingin membesarkannya.

Suspek juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat jahat sama sekali termasuk mendera kanak-kanak itu.

Berdasarkan keterangan suspek, lebam pada bahagian tangan bayi tersebut berkemungkinan kerana suspek memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg tangan dan menggantungnya pada motosikal.

Baca juga Mulia hatinya demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan hilang sebelah kaki digilis lori

Iklan

Menyesal dengan tindakannya, suspek berusia 40 tahun itu kemudian memohon maaf kepada ibu bapa bayi tersebut.

Susulan itu, pihak hospital akan terus menjaga bayi berkenaan sehingga keadaannya stabil manakala kes masih dalam siasatan.

Aduhai niatnya baik tapi perbuatan tersebut menyalahi undang-undang!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!