Nenek 63 tahun bersuamikan lelaki 26 tahun, tak sabar timang anak pertama

No Image Caption
A
A
A

KALAU sudah jodoh, beza umur 37 tahun pun tak jadi hal! Percintaan seorang nenek dari Rome, Georgia, Eropah menjadi sensasi di media sosial.

Mana tidaknya, Cheryl McGregor yang berusia 63 tahun itu menamatkan zaman solo dengan kekasih hati yang berusia 26 tahun.

Lapor dailymail.co.uk, ibu kepada tujuh cahaya mata itu menjalinkan hubungan cinta dan berkahwin dengan Quran McCain selepas setahun mereka bertemu.

Ketika pertemuan pertama mereka pada tahun 2012, suaminya iaitu McCain berusia 15 tahun manakala McGregor pula sudah mencecah 52 tahun.

No Image Caption

Baru-baru ini, pasangan viral TikTok tersebut mengejutkan netizen apabila mendedahkan bahawa mereka sedang menunggu anak pertama tidak lama lagi.

Video pendek yang dikongsikan sempena gender reveal party itu menunjukkan pasangan berkenaan akan mendapat anak perempuan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam klip yang menerima lebih 2.6 juta tontonan tersebut, nenek kepada 17 cucu berkenaan memakai blaus pink pendek paras lutut dengan selempang yang tertulis ‘Mommy to be’.

Acara menjadi semakin havoc apabila belon yang diletupkan mengeluarkan konfeti biru dan merah jambu sebagai prank buat pasangan tersebut.

No Image Caption

Ahli keluarga kemudian membawa keluar meriam asap dan melepaskan ke udara.

McGregor bersorak sakan apabila asap pink dilepaskan sekali gus mendedahkan jantina bayi perempuan yang mereka nantikan.

No Image Caption

Ibu tumpang

Dalam satu konten yang dikongsikan sebelum ini, pasangan lovebird tersebut dikatakan menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan anak sendiri.

Ini disebabkan faktor usia, McGregor tidak boleh mengandung secara semula jadi.

No Image Caption

Kongsi pasangan berkenaan, mereka bersabar melalui proses ibu tumpang yang panjang dan akhirnya penantian berbaloi apabila menerima khabar gembira.

“Semua tak mustahil. Ramai yang kata saya terlalu tua untuk semua itu tapi pedulikan. Paling penting saya dan suami bahagia dengan cara kami,” katanya.

No Image Caption

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Tak kurang juga yang kritik dengan perbezaan usia mereka yang tak ubah seperti nenek dan cucu.

Apapun, kalau dah jodoh takkan ke mana. Bagi mereka yang masih single, jangan putus asa ya. Entah-entah jodoh depan mata jer, tapi belum sampai seru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang