Niat nak kemas rumah sebelum pindah terbantut, rangka ibu ditemui dalam selimut bikin gempar satu Jepun. Ini lagi 5 kes yang mengejutkan

No Image Caption
A
A
A

HASRAT seorang lelaki yang mahu membersihkan rumah pusakanya di Kyoto, Jepun tergendala apabila menemui kerangka manusia di dalam sebuah selimut.

Lebih mengejutkan, tulang wanita tersebut rupa-rupanya milik ibu kepada pemilik rumah yang dikatakan hilang lebih 10 tahun lalu.

Lapor Deccan Herald, rumah tersebut sebelum ini didiami oleh ibu, bapa dan kakak kepada lelaki berkenaan dan dikatakan penuh dengan sampah-sarap.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tinggal sendirian selepas ayahnya meninggal dunia manakala kakaknya pula berpindah ke tempat lain.

Ibunya pula dikatakan kerap keluar rumah tanpa sebarang makluman dan jarang bercakap waima dengan anak sendiri.

No Image Caption

Wanita itu dikatakan pernah tidak pulang berhari-hari sehinggalah pada satu hari tidak balik ke rumah sebelum dilaporkan hilang.

Nak dijadikan cerita, lelaki itu mengupah lapan pekerja pembersihan profesional untuk mengemas kediaman tersebut kerana mahu berpindah ke tempat lain selepas mendapat pekerjaan baharu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Upah pembersihan untuk empat bilik tidur berkenaan dianggarkan menelan belanja kira-kira 500,000 yen (RM15,018).

Punca kematian

Apa yang mengejutkan pekerja pembersihan itu, mereka menemui tulang manusia selepas tiga jam mengemas sebuah bilik tidur di rumah tersebut.

Pada mulanya mereka ingatkan itu model rangka mainan, namun setelah diamati rupa-rupanya ia tengkorak manusia sebenar sebelum memberitahu kepada pemilik.

Terkejut dengan tragedi tersebut, lelaki berkenaan enggan untuk

Syak bahawa itu rangka milik ibu, lelaki tersebut kemudian menghubungi pihak polis.

Menurut kenyataan anak mangsa, ibunya berkemungkinan pulang tanpa disedari oleh sesiapa di dalam rumah tersebut.

“Mungkin disebabkan rumah penuh sampah dan bau busuk, jadi tiada siapa yang perasan bau mayat tersebut.

“Boleh jadi ibu meninggal di dalam bilik,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematian dan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap keluarga cuai itu belum didedahkan lagi.

Bukan setakat kes di Jepun jer yang dilaporkan menggemparkan dunia, berikut terdapat lima lagi kes lebih kurang sama yang boleh SinarPlus kongsikan:

No Image Caption

1. Lima rangka manusia

- Penemuan lima rangka manusia di sebuah rumah di Chitradurga, India agak mengejutkan apabila kali terakhir mereka dilihat adalah pada tahun 2019.

- Menurut laporan polis, mangsa yang merupakan anak beranak itu dikatakan mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan.

- Rangka itu ditemui oleh pihak polis selepas menerima laporan terdapat kes pecah masuk rumah tersebut pada Disember 2023.

No Image Caption

2. Rangka dalam rumah terbiar

- Satu lagi kes penemuan rangka manusia di rumah terbiar di Brooklyn, Amerika Syarikat pada Mac 2016.

- Pemilik baharu rumah tersebut terkejut apabila terjumpa rangka ketika mahu mengemas bilik tidur di ruang tingkat dua kediaman tersebut.

- Kerangka itu lengkap berpakaian terbaring di atas lantai dengan jantina belum dapat dipastikan.

No Image Caption

3. Rangka reput selepas 20 tahun

- Agak memeranjatkan apabila rangka manusia ditemui reput dan terbiar tanpa disedari sesiapa selama 20 tahun.

- Rumah tumpangan itu dibersihkan kakitangan pihak berkuasa tempatan sebelum terjumpa mayat yang tak dikenali di atas katil di Country Cork, Ireland pada Januari 2023.

No Image Caption

4. Rangka atas sofa

- Kes yang berlaku di Kampung Sayati, Bandung, Indonesia pada Januari 2020 masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

- Mana tidaknya, rangka manusia tak dikenali ditemui sedang duduk di atas sofa di dalam rumah persinggahan milik Johan Rismana.

- Bagaimanapun pada hari kejadian, pembantunya yang memeriksa rumah tersebut terkejut bila nampak kesan pecah masuk dan menemui rangka misteri itu.

No Image Caption

5. Gurauan rangka manusia

- Siapa sangka, gurauan Leigh Ann Sabine yang mengatakan memiliki model rangka manusia rupa-rupanya ia adalah mangsa pembunuhan.

- Selepas Ann Sabine meninggal, jirannya mengambil model rangka tersebut yang diletakkan dalam stor komuniti sebagai prank.

- Bagaimanapun ketika mahu membuka balutan pada rangka, darah dengan bau busuk bangkai manusia mengejutkan mereka sebelum menghubungi pihak polis.

No Image Caption

Rasanya banyak lagi kes lebih kurang sama, sama ada berpunca kematian mengejut atau dibunuh. Moga insiden tersebut menjadi iktibar buat semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang