Padah lelaki taasub maraton sanggup tinggal anak dalam kereta, isteri nekad cerai

DEK kerana taasub berlari akhirnya membawa padah terlerainya sebuah ikatan kekeluargaan.

Seperti yang berlaku di Beijing China, seorang wanita yang baru bercerai mengecam ketaasuban bekas suaminya untuk berlari.

Malah dia mendakwa lelaki itu pernah membiarkan anak perempuan mereka berusia lima tahun terkurung di dalam kereta selama berjam-jam untuk menyertai maraton.

Menurut laporan Oddity Central, wanita dikenali Zhao yang tinggal di wilayah Hunan di selatan China itu meluahkan perasaan marah dengan berkata obsesi bekas suaminya, Peng untuk berlari akhirnya memusnahkan keluarga mereka.

Dalam pada itu, Zhao mendakwa larian memang sentiasa menjadi keutamaan bekas suaminya.

Pada mulanya, dia memberi galakan kepada lelaki itu untuk menjaga kesihatan namun lama kelamaan ia menjadi satu-satunya perkara yang paling penting baginya.

Baca juga Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam & kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!

Kredit foto: Illustrasi oleh Midjourney

 

Ketaasuban Peng menyebabkan rumah tangganya dengan Zhao bergolak dan salah satu tindakan terdesak suami meyakinkan wanita itu bahawa dia lebih baik bersendirian.

Difahamkan Zhao tidak melihat kejadian yang menimpa anaknya itu namun diberitahu sendiri oleh anak perempuannya itu.

Pada hari kejadian, Peng membelikan anaknya sarapan pagi, memberi telefon bimbit untuk hiburan dan mengurungnya di dalam kereta sebelum berlari dalam maraton.

Iklan

Peng mengaku meninggalkan anak perempuannya bersendirian di dalam kereta supaya dia boleh berlari dalam maraton.

Baca juga ‘Mereka rampas rumah kami.’ Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

Bagaimanapun, Peng mendakwa hanya berlari dalam jarak yang singkat sebelum kembali kepada anaknya

“Saya hanya berlari 1.5 km kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia sedang tidur,” kata Peng.

Iklan

Peng juga memberitahu bekas isterinya jika tidak suka cara dia membesarkan anak perempuan mereka, Zhao boleh membawanya pergi bersamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!