USIA Jennifer Aniston kini sudah mencecah 54 tahun.

Namun, bintang siri televisyen Friends itu tetap anggun dan awet muda. Siapa yang melihat pasti terpesona dengan kulitnya yang glowing dan rambut cantik berkilau.

Memetik laporan tabloid Hello!, rupa-rupanya beliau punya rahsia tersendiri dalam penjagaan kecantikan.

Pernah menerima gelaran Personaliti Paling Cantik 2016 oleh majalah antarabangsa, People, Aniston dikatakan suka bangun pagi seawal jam 4.30 pagi setiap hari.

Baca ni Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya

Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam & kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!

Bekas isteri aktor terkenal Brad Pitt itu turut mengamalkan pengambilan secawan air lemon suam.

Pada masa sama, bintang kesayangan Hollywood itu tidak miss dalam pengambilan air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan memakai krim pelindung sinar UV matahari.

Sebenarnya banyak lagi petua yang dipraktikkan dan sememangnya menuntut disiplin yang tinggi.

Seperti dilaporkan, kebiasaannya tuan punya badan akan bersarapan pada pukul 10 pagi.

Selain itu, pelakon tersohor itu juga rajin berpuasa selama 16 jam dengan melakukan diet Intermittent Fasting.

Menjadikan wanita hebat seperti Gloria Steinem, Lauren Hutton and Brigitte Bardot sebagai idolanya dalam hal kecantikan, Aniston berpendapat serbuk kolagen adalah kunci bagi mengekalkan keanjalan dan penghidratan kulitnya.

Pengambilannya dikatakan mampu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit.

Jadi, tidak hairanlah Aniston mengamalkan kolagen sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulitnya.

Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam & kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

Iklan

“Ia mengandungi peptida kolagen. Kuku saya lebih kuat dan sihat. Saya sering menambah peptida kolagen daripada Vital Proteins kepada smoothie,” dedahnya yang memulakan pagi dengan secawan kopi panas yang dicampur serbuk kolagen.

Dalam satu temu bual lain, beliau berkongsi makna sebenar kecantikan dari sisi pandangan peribadinya.

“Bagi saya, definisi kecantikan bermula daripada keyakinan dalaman, ketenangan, kebaikan hati, kejujuran dan menjalani hidup dengan sempurna.

“Pada masa sama, kita juga perlu menjaga rutin tidur dan menjaga diri,” ujarnya lagi.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam & kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!

Baca lagi ‘Diri masa lalu sangat bertuah. Rindu donat & kopi.’ Ji-soo mahu berat badan kekal 44kg, akui sukar diet!

Iklan

Selain itu, empunya diri pernah mendedahkan sudah diasuh oleh ibunya, Nancy Dow sejak kecil lagi supaya tidak terlalu mengambil hidangan manis atau makanan segera.

Bahkan kongsinya, Dow yang juga seorang selebriti popular di Amerika Syarikat antara individu yang bertanggungjawab dalam menjaga diet pemakanannya.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi temu bual bersama media antarabangsa, E!News.

“Ibu turut mengajar saya melakukan yoga setiap pagi supaya lebih tenang dan menyihatkan tubuh badan,” katanya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang