SIAPA yang tidak kenal kumpulan BTS? Biarpun bukan peminat tegar K-pop, tentunya rata-rata tahu akan kewujudan fenomena kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang menjadi antara ‘boy band’ paling berpengaruh di dunia.

Grup hip hop yang dianggotai lapan penyanyi ini dibentuk oleh syarikat rakaman Big Hit Entertainment. BTS memulakan penampilan sulung mereka dengan lagu “No More Dream” pada 13 Jun 2013.

Menurut Institut Penyelidikan Hyundai, BTS yang juga dikenali sebagai “Bangtan Sonyeondan” dijadikan sebagai aset ekonomi yang bernilai.

BTS dianggotai tujuh remaja lelaki mempelopori muzik pop Korea dan membina pengaruh di seluruh dunia.

Tidak hairanlah peminat kumpulan ini tergolong dalam pelbagai peringkat umur. Ini termasuklah ibu kepada pengguna TikTok @bagassianipar.

Menerusi hantaran di aplikasi itu, ibu beliau fasih menyanyikan lagu kumpulan itu dalam bahasa Korea.

Tidak hanya itu, ibu lelaki ini sangat meminati Jungkook dari BTS sehingga menganggap mereka adalah pasangan kekasih. Sangat menghiburkan!

@bagassianipar_Balas @sitiaisyah2021 Sahabatku calon ayahku part 11♬ suara asli – Bagas Sianipar

Video tersebut memaparkannya memainkan gitar sementara ibunya menyanyikan lagu buat penyanyi pujaannya, Jungkook.

“Sahabatku calon ayahku,” tulisnya.

Baca juga: Panda bukan lagi spesies terancam, populasi terkini melebihi 18,000

Begitulah pengaruh muzik hingga mampu mencetus minat wanita itu untuk mempelajari bahasa asing.

Iklan

Peminat kumpulan ini dinamakan sebagai ARMY yang disingkatkan dari perkataan Adorable Representative M.C for Youth. Nama ini pun dipilih BTS untuk menjadi sebutan rasmi bagi peminatnya.

BTS juga dinobatkan sebagai Artis Korea pertama yang memenangi tiga kali anugerah di Billboard Music Awards (Top Social Artist) mengalahkan Ariana Grande dan Taylor Swift.

Kumpulan tersebut juga memegang rekod video muzik paling banyak ditonton di YouTube dalam 24 jam bagi lagu MV Boy With Luv.

Iklan

Video muzik berkeaan ditonton 74.6 juta kali di YouTube dalam masa 24 jam. Bahkan ia juga telah memecah rekod video tercepat meraih 100 juta penonton di YouTube iaitu hanya dalam masa dua hari.

Baca juga: Jumlah vaksinasi makin meningkat, beberapa negara mula buka sempadan

Sumber: TikTok