PANDA adalah antara haiwan yang terancam di China. Namun kini ia tidak tidak lagi setelah jumlahnya kian meningkat di habitat asal mereka.

Difahamkan, kini terdapat 1,800 ekor panda yang hidup liar di hutan. Ini bermaksud spesies tersebut diklasifikasikan sebagai ‘kurang’ dan bukan lagi spesies ‘terancam’.

Panda bukan lagi spesies terancam, populasi terkini melebihi 18,000

Panda pertama kali disenaraikan sebagai haiwan terancam pada tahun 1990.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, jumlah panda yang hidup liar di China telah meningkat hampir 20 peratus selepas 30 tahun usaha pemulihan dijalankan.

Penanaman semula hutan buluh di Beijing telah menyumbang kepada peningkatan jumlah ini memandangkan buluh merupakan makanan baginya.

Baca juga: Aksi bersahaja buat ramai terhibur, parodi Penthouse paling kelakar raih 1 juta tontonan

Dianggarkan seekor panda dewasa memakan kira-kira 20 kilogram batang buluh setiap hari.

 

Tidak hanya itu, program pembiakan dengan populasi yang terbaik di zoo juga telah membantu meningkatkan populas spesies beruang ini.

Panda bukan lagi spesies terancam, populasi terkini melebihi 18,000

Iklan

Selepas lima tahun dikategorikan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (International Union for Conservation of Nature), langkah yang dilakukan China ini berjaya mengeluarkan panda dari senarai haiwan terancam.

Ketua Jabatan Pemuliharaan Ekologi dan Alam Semula Jadi di Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Cui Shuhong, berkata peningkatan habitat panda di China memberikan gambaran masa depan mereka semakin baik.

Panda adalah salah satu simbol pemuliharaan yang terkenal di dunia.

Iklan

Baca juga: Buah ceri bentuk hati dijual RM1,195 sebiji, rasa masam manis

Pada akhir abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China dan kini imej panda digunakan pada syiling emas republik berkenaan.

Panda merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae). Ia berasal dari wilayah tengah China dan hidup di kawasan pergunungan seperti Sichuan dan Tibet.

Sumber: Daily Mail