Pempengaruh dedah raih pendapatan RM194,000 sehari! Ramai pula tak puas hati. 'Lagi banyak anda mengkritik, makin tebal poket saya...'

DUNIA media sosial kini bukan sekadar platform hiburan, malah menjadi ‘lubuk emas’ buat mereka yang bijak mengambil peluang.
Terbaharu, seorang pempengaruh dari China mengejutkan ramai apabila mendedahkan pendapatannya boleh mencecah 300,000 yuan (RM194,000) dalam sehari!
Jumlah yang cukup luar biasa itu setanding dengan gaji bulanan Perdana Menteri lantas menimbul pelbagai persoalan tentang apakah rahsia wanita ini?
Menurut laporan media tempatan, pempengaruh dikenali sebagai Gu Xixi memiliki hampir lima juta pengikut di sebuah platform media sosial utama.
Pendedahan itu dilakukan ketika siaran langsung, lebih mengejutkan apabila dia meraih pendapatan tersebut hanya dengan berbaring di katil sambil berseloroh, "wang diperoleh dengan susah payah."
"Hari ini saya hanya baring di katil, tidak buat apa-apa, tetapi berjaya menjana jualan 1.16 juta yuan (RM749,360) di kedai Douyin saya. Komisen saya? 303,200 yuan (RM196,000),” luahnya.
Walaupun pendedahan tersebut nampak sebagai inspirasi buat orang ramai, namun ia turut mencetuskan perdebatan hangat apabila ada yang kagum, sementara ramai pula meluahkan rasa tidak puas hati.
"Lagi banyak anda marah dan mengkritik saya, semakin tebal poket saya. Ini bukan tentang ratusan ribu yuan sebulan, tapi ratusan ribu yuan sehari! Faham?" katanya bersahaja.
Wanita berusia 27 tahun itu bukan asing dalam dunia kontroversi. Sebelum ini, dia pernah menarik perhatian dengan aksi pelik seperti menelan bola ping pong.
Malah, akaunnya beberapa kali digantung kerana kandungan yang dianggap tidak senonoh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang