WANITA dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan setiap daripada kaum Hawa menyukai keindahan dan cuba tampil cantik.

Namun seorang wanita, Mary Ann Bevan sanggup mengenepikan maruah dan membiarkan diri digelar wanita paling hodoh demi menyara keluarga. Kisahnya sentiasa menjadi sebagai lambang keluhuran kasih sayang seorang ibu.

Mary Ann Bevan dilahirkan pada 10 Disember 1894 adalah seorang wanita England yang jelita. Ibu kepada empat cahaya mata itu bertugas sebagai jururawat sehingga penyakit dinamakan acromegaly yang menyebabkan perubahan pada fizikalnya.

Baca juga: Ini kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia lahirkan anak pada usia 5 tahun

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Kebahagiaan yang dikecapi berakhir apabila suaminya, Thomas Bevan meninggal dunia pada tahun 1914. Pendapatan Bevan sebagai jururawat tidak mampu menampung keperluan empat anaknya.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, pada saat kekalutan melanda keluarganya, penyakit acromegaly yang bersarang di dalam tubuh Bevan mula menunjukkan gejala. Kelainan itu tercetus akibat penghasilan hormon pertumbuhan yang berlebihan oleh kelenjar pituitari.

Acromegaly adalah salah satu penyakit yang jarang berlaku namun ia boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

Bagaimanapun disebabkan teknologi perubatan pada awal abad ke-20 yang terhad, Bevan tidak mempunyai cara untuk merawat atau mencegah. Lama kelamaan beliau mendapati rupa fizikalnya berubah hingga tidak dikenali.

Tangan dan kaki Bevan yang normal membesar, dahi dan rahang bawahnya membonjol keluar manakala ukuran hidung juga bertambah. Penampilan baru Bevan menyukarkan beliau untuk terus bekerja sebagai jururawat sehingga menyebabkannya mencari kerja sambilan untuk menyara keluarga.

Baca juga: Amber Heard miliki bentuk wajah paling ‘perfect’ di dunia, saintis sahkan

Baca juga: Punyai pengikut paling ramai kalahkan penari wanita Amerika, 11 fakta sebenar Khaby Lame

Bevan bersama anak-anaknya

Penyakit acromegaly yang dialami Bevan menyebabkan perubahan fizikal yang dialami kekal. Bertahun-tahun kemudian, seorang bekas pekerja sarkas mendakwa bahawa rakan petani di tempat Bevan bekerja mengatakan wanita itu sesuai untuk menyertai pertandingan wanita paling hodoh.

Memikirkan cara untuk mendapatkan wang untuk rawatan diri dan menyara keluarga, Bevan menyertai pertandingan ‘Homeliest Woman’ dan dengan mudah mengalahkan 250 pesaing serta meraih gelaran wanita paling hodoh.

Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan keadaannya bertambah buruk. Justeru Bevan mengambil keputusan agar penyakit yang dialaminya dimanfaatkan demi anak-anak.

Tidak lama kemudian, Bevan mempunyai kerja tetap dalam pameran kembara bergerak di seluruh Kepulauan British.

Pada tahun 1920, Bevan menghantar penyertaan selepas membaca iklan ejen sarkas, Barnum dan Bailey yang memerlukan wanita paling hodoh.

Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion

Baca juga: Wanita Turki tertinggi dunia 2.15 meter, miliki tiga rekod lain luar biasa

Iklan
Penyakit acromegaly boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan buah pinggang.

Selepas itu Bevan ditawarkan untuk menyertai pertunjukan di taman hiburan Dreamland Coney Island. Para pelawat pada ketika itu tertarik melihat fizikal setinggi 11 kaki. Wanita itu sanggup menanggung malu digelar hodoh kerana penyakitnya. menghulurkan poskad gambar dirinya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk pendidikan anak-anak.

Kehadiran Bevan menjadi satu tarikan ke tapak pesta. Setelah dua tahun menjadi ‘wanita paling hodoh’, Bevan berjaya mengumpul pendapatan sebanyak £20,000, iaitu kira-kira bersamaan dengan USD$1.6 juta (RM7.21 juta) pada tahun 2022.

Bevan terus bekerja hingga menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun. Jasadnya dikebumikan di London.

Selama bertahun-tahun, Mary Ann Bevan kekal digelar sebagai wanita paling hodoh. Namun hakikatnya, beliau adalah wanita mempunyai hati paling cantik dan menjadi lambang kekuatan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Acromegaly adalah keadaan jarang berlaku yang mana badan individu terbabit menghasilkan terlalu banyak hormon pertumbuhan hingga menyebabkan tisu dan tulang membesar dengan lebih cepat.

Iklan

Paling banyak didiagnosis pada orang dewasa berumur 30 hingga 50 tahun, acromegaly terjadi satu hingga tiga dalam sejuta populasi. Pada hari ini, dengan perkembangan dunia perubatan acromegaly boleh dirawat dan dikawal.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun miliki tabiat aneh, makan selipar lima pasang sebulan, kertas, styrofoam

Baca juga: 2 rahim, haid 2 kali sebulan, wanita ‘aneh’ kongsi uterine didelphys

Sumber: All That Interesting

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan