Wanita Turki tertinggi dunia 2.15 meter, miliki tiga rekod lain luar biasa

A
A
A

WANITA dari Turki ini memegang rekod dunia sebagai wanita tertinggi dunia. Tidak hanya itu, Rumeysa Gelgi turut memiliki tiga rekod dunia lain yang menakjubkan!

Rumeysa, 25, sering menjadi sorotan media di seluruh dunia kerana menjadi wanita yang mempunyai ketinggian menakjubkan 215 sentimeter (cm).

Bayangkan jika Rumeysa ingin memasuki sebuah bilik yang mempunyai ketinggian pintu standard dua meter, dia perlu menundukkan kepalanya!

Sebelum dinobatkan sebagai wanita tertinggi dunia, Rumeysa terdahulu memecahkan Rekod Dunia Guinness sebagai remaja perempuan tertinggi pada 2014 dengan ketinggian 213.6 cm.

Di dalam keluarga Rumeysa, hanya dia seorang yang memiliki ketinggian luar biasa.

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Di sebalik gelaran wanita tertinggi dunia, ada penyakit yang dihidapi. Ketinggian luar biasa Rumeysa adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang berlaku iaitu Sindrom Weaver iaitu keadaan perubatan yang mempercepatkan pertumbuhan pesat rangka badan.

Sindrom itu juga menyebabkan tulang dan pergerakan lemah terutama pada sendi siku dan tumit. Malah masalah kestabilan menyebabkan Rumeysa sukar untuk menelan dan bernafas.

Difahamkan sebelum mencecah usia lima tahun, Rumeysa menjalani dua pembedahan penting yang membantunya untuk berjalan buat kali pertama dengan bantuan walker.

Baca juga: Pemandu bas terpendek di dunia, pecah rekod dunia Guinness!

Oleh kerana ketinggian luar biasa dan keadaan kesihatan, Rumeysa menggunakan kerusi roda untuk bergerak pada kebanyakan masa.

Tidak dapat hadir ke sekolah secara fizikal, Rumeysa menamatkan pendidikannya dari rumah melalui homeschooling.

Dia yang berminat dalam teknologi mendalami tentang pembinaan laman web (web development). Biarpun berhadapan kesukaran kerana fizikalnya, wanita itu sentiasa berfikiran positif.

Ketika kecil, wanita ini pernah melalui dua kali pembedahan

Baca juga: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

"Setiap kelemahan boleh diubah menjadi kelebihan untuk diri sendiri, jadi terima diri anda seadanya dan lakukan yang terbaik," katanya dalam temu bual dengan Guinness seperti dilaporkan Bright Side.

Selain wanita tertinggi dunia, Rumeysa turut memegang tiga rekod Guinness World Records yang disahkan pada Februari 2022 seperti berikut;

1-Jari terpanjang kategori wanita: 11.2 cm

2-Tangan terbesar yang mana sebelah kanan berukuran 24.93 cm manakala tangan kiri berukuran 24.26 cm

3-Bahagian belakang paling pankang: 59.90 cm

Baca juga: China terbangkan 600 dron untuk 'cipta semula' karya agung Van Gogh di udara, pecah rekod Guinness World Records!

Wanita itu mempunyai kegemaran mengembara bersama keluarga dan berenang.

Difahamkan di dalam keluarga Rumeysa, hanya dia seorang yang memiliki ketinggian luar biasa.

Dia turut mewujudkan kesedaran kepada umum tentang Sindrom Weaver yang menyebabkan ketinggian luar biasa. Menurut Pertubuhan Penyakit Jarang Jumpa, Sindrom Weaver sangat jarang berlaku dan hanya  hingga 50 kes Sindrom Weaver dilaporkan di dalam jurnal perubatan.

Turki kini memegang rekod manusia tertinggi dunia. Selain Rumeysa, Sultan Kösen, 40, yang berketinggian 251 cm disahkan lelaki tertinggi yang masih hidup.

Rumeysa terdahulu memegang rekod remaja perempuan tertinggi dunia

Kali terakhir kejadian seumpama itu berlaku adalah pada 2009, apabila dua individu dari China, Bao Xishun (236.1 cm) dan Yao Defen (233.3 cm), masing-masing memegang rekod Guinness World Records sebagai lelaki dan wanita paling tinggi.

Baca juga: Isteriku 'gergasi', bahagia bersuamikan lelaki rendah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang