Phuket jadi 'ghost town', biasa terima 9 juta pelancong
KELIHATAN pekerja-pekerja hanya duduk bermain telefon di ruangan bar yang kosong.
Pulau pelancongan Phuket yang terkenal di dunia itu lengang terkesan oleh wabak pandemik Covid-19 melanda negara.
Bangkok Post melaporkan, kolam renang kosong, kerusi-kerusi di restoran sepi dan pantai yang biasanya penuh sesak, kini teramat sunyi sehinggakan dapat melihat penyu datang untuk bertelur.Tahun lalu, lebih daripada sembilan juta pelancong mengunjungi Phuket, sebuah destinasi kedua paling popular di negara itu selepas Bangkok.
Kata seorang pemilik lima kelab malam dan 600 bilik hotel, Preechawut Keesin, ketika ini, hampir semua 3000 hotel di pulau ini ditutup dan bandar utama Patong telah menjadi 'ghost town'.
Thailand setakat ini masih terkawal dengan wabak global sekitar 3,600 kes dan disahkan hanya beberapa puluh kematian.
Tetapi keputusan kerajaan untuk mengawal penyebaran virus Covid-19 telah memberikan tamparan hebat terhadap ekonomi, yang mungkin akan menguncup 7-9% tahun ini serta menjadikan jutaan orang menganggur.
Pengurus bar Pum Pui, Jantima Tongsrijern turut berkata, majikan cuba membantu staf menjaga pekerjaan namun tidak tahu dapat bertahan atau tidak menjelang hujung tahun ini.
Pada waktu biasa, 80 peratus keuntungan pulau itu berasal dari pelancongan, sektor yang mempunyai pekerja lebih daripada 300,000 orang.
Puluhan ribu mereka yang kehilangan pekerjaan telah kembali ke tempat asal. Mungkin sedang mengalami hidup yang lebih sukar.
Ada yang menerima pemotongan gaji yang besar, sementara yang lain tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari kerja di pusat-pusat penjualan makanan untuk mendapatkan sedikit wang.
Pemilik bar, Orathai Sidel mengatakan dia pada kebiasaan sebelum ini menghasilkan 100,000 baht sebulan.
Namun kini dia terpaksa menjual pencuci mulut menggunakan troli di jalanan dengan hanya mendapat 100 baht sehari untuk menanggung kos sekolah anak-anaknya.
"Kami hanya berjuang untuk bertahan," kata penjual Poi, yang dipecat pada Jun lalu dari restoran tempat dia bekerja.
Sebelum berlakunya wabak ini, pelancong dari dalam negeri hanya menjangkau 30 peratus mengunjungi Phuket, justeru industri pelancongan tempatan perlu memikirkan kembali model
perniagaannya.
Pakej percubaan sudah ditawarkan kepada pelancong domestik dengan harga serendah 1000 baht selama dua malam, termasuk penerbangan dari Bangkok - tetapi harga terendah itu kemungkinan hotel tidak mendapat keuntungan.
"Kami tidak rasa ia kembali normal selama tiga tahun, situasinya jauh lebih buruk berbanding selepas tsunami pada tahun 2004." kata Kongsak Khoopongsakorn.
Sumber foto: Sergei Konovalov
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang