Dari kilang kecil ke cawangan nasional, Nur Laila buktikan jenama bumiputera mampu dominasi industri perabot premium mampu milik
BERMULA dari sebuah kilang kecil, jenama perabot tempatan, jenama perabot Ella Furniture kini bukan sahaja mempunyai cawangan di beberapa bandar utama Malaysia, tetapi juga semakin dikenali di pasaran nasional sebagai pilihan terbaik untuk perabot rumah berkualiti tinggi.
Pengasasnya, Nur Laila Alway berkata usahanya bermula apabila melihat keperluan ramai keluarga Malaysia yang mahukan perabot rumah bukan sekadar murah, tetapi premium dan tahan lama.
Mula beroperasi pada 2019, jenama ini menawarkan perabot seperti sofa, kerusi makan, bangku, meja makan dan katil yang dibina dengan teliti.
"Bukan mudah juga bagi golongan bumiputera menembusi pasaran industri yang dipelopori bangsa lain, namun dengan tekad dan kesungguhan, Alhamdulillah kini kami sudah mempunyai lima cawangan.

"Insya-ALLAH kami berhasrat mngembangkan lagi empayar ini dan membuka lagi beberapa cawangan di lokasi terpilih" katanya.
Jelasnya, strategi awal jenana tersebut adalah menjual secara dalam talian terus dari kilang, menjadikan kos harga lebih rendah tanpa mengurangkan kualiti produk. Ini membantu menarik perhatian ramai pelanggan yang sebelum ini membeli perabot import dari luar negara.
Apa yang membuatkan ia menonjol adalah komitmen terhadap kualiti tinggi dan pengalaman pelanggan.
Dedah Nur Laila, walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, namun kualiti setiap perabot memiliki ciri-ciri terbaik antaranya, kualiti fabrik yang mudah dibersihkan dan tahan calar, tahan lasak, material kayu meranti yang tahan lama disamping pilihan pelbagai warna dan reka bentuk yang sesuai dengan gaya rumah moden.
"Kami juga menawarkan jaminan lima tahun yang mana sesuatu yang jarang ditawarkan oleh jenama lain dalam segmen harga serupa" katanya.
Ella Furniture berkembang dengan pembukaan cawangan di beberapa lokasi strategik termasuk; Shah Alam, Bukit Jelutong, Johor Bahru, Kota Bharu dan Sungai Petani.

Pembukaan cawangan ini menunjukkan komitmen untuk memperluaskan capaian kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.
Perancangan pertumbuhan ini disokong oleh unjuran peningkatan permintaan domestik terhadap perabot berkualiti tinggi berikutan perubahan gaya hidup semenjak pasca-pandemik.
Tambahnya, strategi pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menaikkan jenama ini. Ella Furniture pernah menjadi tajaan utama dalam siri TV Impiana: Makeover Ruang Selebriti, yang mencatat lebih 2 juta tontonan. Satu pencapaian signifikan dalam meningkatkan pengiktirafan jenama di mata umum.

Duta Ac Mizal
Lebih menarik lagi, selebriti popular seperti Datuk AC Mizal turut memberikan sokongan terhadap produk jenama ini.
"Dia sebenarnya nak repair sofa saja. Daripada situ kami mula mengenali dan menaja set sofa untuk kediamannya. Dari situ dia support saya seterusnya dilantik menjadi duta.
"Datuk AC selalu cakap jenama ini bukan kecil, cuma saya saja yang rasa kecil,” katanya sambil ketawa.

Dorongan itu memberi keyakinan untuk Nur Laila mengembangkan jenama ke tahap lebih besar. Namun, pada masa sama, tetap berpegang kepada prinsip asal iaitu kualiti mesti seiring harga.
"Saya selalu pesan pada staf, jangan nampak orang datang biasa-biasa terus anggap tak mampu beli. Layan baik-baik, jangan ada kasta.
"Kadang bukan beli hari ini, tapi mereka akan ingat layanan kita sampai bila-bila," kongsinya lagi.
Menyentuh tentang penggunaan fabrik, dedah wanita itu lagi, tahan lasak dan mudah dibersihkan menjadi pilihan kerana dia percaya, perabot perlu sesuai dengan kehidupan sebenar keluarga Malaysia.
“Sofa bukan hiasan semata-mata. Anak panjat, kucing cakar, air tumpah… semua itu realiti rumah kita. Jadi perabot kena tahan,” jelasnya lagi.

Beberapa faktor utama kejayaan Ella Furniture termasuk pemantauan pasaran yang kuat terhadap keperluan gaya hidup moden disamping meningkatkan fokus pada pemasaran digital dan media sosial untuk menjangkau pelanggan.
Dalam masa sama, jenama itu turut menawarkan perabot berkualiti tinggi dengan harga kompetitif dan pembukaan showroom dan cawangan secara berperingkat untuk lebih dekat dengan pelanggan.
Nur Laila menambah, sasaran jualan tahun ini dipertingkatkan sehingga RM40 juta ditambah dengan pelbagai promosi yang telah dirancang.
Kini, impiannya lebih jauh daripada sekadar membuka kedai. Dia mahu mewujudkan pusat sehenti perabot yang merangkumi pelbagai segmen supaya setiap orang boleh merasai pengalaman membeli tanpa rasa segan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
