Potret berusia lebih 380 tahun dijual pada harga RM52.3 juta, ini kisah kenapa disembunyikan daripada orang ramai

A
A
A

SIAPA sangka, potret bermodelkan seorang saudagar paip dan pasangan berusia lebih 380 tahun berjaya dijual pada harga RM52.3 juta!

Memang tak masuk akal, namun itulah hakikat yang berlaku pada sesi lelongan Christie's Old Masters di London baru-baru ini.

Lukisan antik Jan Willemsz van der Pluym dan isterinya, Jaapgen Carels dijual kepada pemilik yang enggan disebut dalam lelongan berkenaan.

Daily Mail mendedahkan, karya seni itu adalah yang terakhir milik pelukis terkemuka Belanda, Rembrandt Harmenszoon van Rijn atau lebih dikenali dengan nama Rembrandt.

potret RM52.3 juta

Ia berjaya dijual pada nilai dua kali ganda hanya kerana sebuah tandatangan dan tarikh 1635.

Sebelum ini, naskhah tersebut buat pertama kalinya dijual di Rumah Lelongan British pada tahun 1824.

Selepas itu, dua lukisan berkenaan 'lenyap' untuk tatapan umum lebih 200 tahun sebelum muncul semula pada jualan mewah tersebut.

potret RM52.3 juta

Nak dijadikan cerita, sebenarnya hasil seni berbentuk bujur dan bersaiz kurang 8 inci ditemui oleh Timbalan Pengerusi Antarabangsa Christie's Old Master Paintings, Henry Pettifer.

 

Ketika itu, beliau sedang membuat penilaian koleksi seni milik sebuah keluarga.

Lapor portal itu lagi, penemuan tersebut adalah yang paling menarik dalam bidang Old Master dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

potret RM52.3 juta

"Keluarga tersebut tidak tahu menahu bahawa lukisan tersebut sangat bernilai.

"Lagi lucu, koleksi tersebut tersembunyi dalam simpanan mereka sejak beratus tahun dan akhirnya ia dijumpai sekarang ini," kata Pettifer.

DISAHKAN ASLI

Tidak mahu lukisan tersebut dipertikaikan segelintir pihak, ia turut ditelili pakar seni Rijksmuseum di Netherlands awal tahun ini.

potret RM52.3 juta

Hasil pemeriksaan, karya tersebut 'hilang' pada abad ke-19 dan ke-20 dan pada awalnya dianggarkan bernilai hingga RM40.7 juta.

Setakat ini, rekod jualan tertinggi hasil seni Rembrandt dalam lelongan adalah untuk naskhah A Man with Arms Akimbo bernilai RM102.8 juta pada tahun 2009.

Baca juga Pameran pisang yang ditampal dengan duct tape bernilai lebih RM500,000, pengunjung selamba makan sebab lapar

Percayalah, meskipun mahal harganya, namun masih ada yang sanggup membeli.

potret RM52.3 juta

Ini kerana bagi pencinta seni yang sangat taasub, mereka percaya bahawa semakin lama usia sebuah karya bersejarah, ia semakin bernilai tinggi.

Baca juga Tular tangki air lukisan mural ala-ala UFO dan dasar laut di Kuantan, jadi lokasi popular bergambar

Sebab itu, kebanyakan harga lelongan dibuat bukan kaleng-kaleng dan masih ada yang sanggup 'memburu' demi koleksi peribadi.

potret RM52.3 juta

Mungkin satu hari nanti, khazanah seni negara juga mampu setanding dan bernilai jutaan ringgit.

Ramai seniman tempatan yang memiliki bakat tersendiri dan tak mustahil, mereka mampu mencipta nama besar di pentas dunia.

Doakan ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang