SETIAP kali tular lokasi menarik di media sosial, pastinya ramai tidak akan melepaskan peluang untuk melihatnya.

Di dalam negara kita sendiri pun banyak destinasi menarik yang masih belum kita terokai.

Tidak dapat dinafikan,yang tular akan menjadi tumpuan ramai. Selalunya tempat tersebut dijadikan ‘latar belakang’ untuk merakamkan gambar kenangan.

Lokasi-lokasi yang tular ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara.

Baca juga: Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia daya tarikan Pahang

Baru-baru ini, sebuah tangki air yang terletak di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang menjadi ‘viral’ gara-gara lukisan muralnya berkonsepkan ala-ala UFO dan dasar laut. Ia berjaya mencuri tumpuan ramai hingga menjadi lokasi tumpuan untuk bergambar.

Menerusi video yang dimuat naik TikTok oleh @aniszcenna, tangki airitu kelihatan seperti seperti objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti atau unidentified flying object  (UFO) pada bahagian atas manakala di bahagian bawahnya seperti dasar laut.

Baca juga: Kuantan diisytihar bandar raya, ini 15 tempat menarik boleh dikunjungi

Jika dilihat dengan teliti, lukisan itu kelihatan seperti hidup. Rata-rata warganet memuji kreativiti pelukis tangki air yang mempunyai imaginasi tinggi serta idea hebat sehingga mampu menarik perhatian masyarakat setenpat dan pelancong luar untuk datang ke situ.

Video tersebut telah berjaya meraih 936,000 tontonan, 94,400 tanda suka serta 967 perkongsian di laman sosial TikTok.

Ternyata lukisan mural sangat membantu menyemarakkan suasana di sesuatu tempat dan menciptakan kesan yang jauh lebih menarik serta unik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan hasil si pelukis mural. Bukan mudah untuk melukis mural tersebut apatahlagi melibatkan tangki air yang besar dan tinggi seperti itu.

Baca juga: Mural mozek RM1.5 juta, catat sejarah Malaysia Book of Records

Berikut antara komen-komen menarik daripada warga maya di TikTok:

– “Tidak boleh bayangkan macam mana si pelukis itu lukis pada dinding tinggi dan berlekuk. Memang kreatif dan berani. Hebat!”

– “Memang hebat. Pelukis berjaya melukis pada sasaran dengan tepat. Agak luar biasa sebab objek itu besar. Hasil kerja yang bagus.”

– “Patut diperbanyakkan lagi seni kreatif macam ini.”

Iklan

– “Cantik. Terbaiklah idea si pelukis.”

– “Sudah tengok. Memang cantik. Terbaik dan tahniah kepada yang terlibat.”

– “Ingatkan lightstick K-pop tadi. Rupanya betul.”

– “Macam Aquaria di lapangan terbang di Jeddah.”

– “Hebatnya orang yang melukis mural ini.”

Iklan

Baca juga: Wow, mural wajah frontliner guna 150,000 bongkah lego

Sumber: aniszcenna

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi