SKIL mendidik anak untuk menjadi seorang yang berjaya sebenarnya mudah jika dipraktikkan sejak dari kecil.

Malah, masa depan mereka lebih cerah dengan bekalan self-regulation yang cukup.

Perkongsian seorang ibu, Esther Wojcicki di Amerika Syarikat cukup mementingkan elemen tersebut membuktikan kejayaannya dengan melahirkan tiga zuriat berkualiti.

Dua cahaya mata mereka, Susan dan Anne bergelar ketua pegawai eksekutif dan seorang lagi, Janet seorang doktor berjaya.

Pencapaian berkenaan membuat ramai kagum.

skil didik anak

Lapor CNBC, Wojcicki yang merupakan seorang pendidik dan juga penulis buku ‘How to Raise Successful People’ itu mempunyai metodologi sendiri untuk membesarkan anak-anaknya.

Mesti ramai para ibu bapa mahu mengetahui apa rahsia mendidik anak beliau sampai boleh cemerlang dalam bidang masing-masing, betulkan?

Menurut portal tersebut, Wojcicki menekankan bahawa kawalan kendiri dalam diri anak sangat penting.

skil didik anak

Ini kerana sifat tersebut membolehkan mereka memahami keutamaan mengurus masa dan diri pada usia masih muda.

Menurutnya, dunia kanak-kanak zaman sekarang cukup berbeza dengan era tanpa teknologi. Banyak benda sudah berubah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Baca juga Didik anak-anak melalui teladan, ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak…

Justeru, katanya, empat langkah berikut perlu dipraktikkan supaya anak-anak tidak hanyut atau ketagih dengan gajet.

skil didik anak

1. Wujudkan hubungan sihat dengan teknologi
– Budak-budak memang susah kalau nak dipisahkan dengan peranti terutamanya telefon pintar atau iPad. Orang dewasa pun sama. 24 jam sibuk dengan media sosial.
Jadi, para ibu bapa tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan limitkan penggunaan.

skil didik anak
Kredit foto: Ketut Subiyanto

2. Didik mereka supaya bersabar
– Kawalan kendiri lahir daripada sifat sabar. Jadi, apa yang perlu ibu bapa lakukan?
– Jika anak-anak mahukan sesuatu, ajar mereka untuk menabung dan bukannya diberikan secara free semata-mata.
– Didik mereka supaya hasil usaha menabung tersebut boleh membeli item yang mereka suka sebagai reward.
Hasilnya tidak akan mengecewakan.

Iklan
skil didik anak
Kredit foto: Jessica Lewis Creative

3. Biarkan anak-anak boring
Boring? Mesti pelikkan bunyinya.
– Kehidupan kadang-kadang membosankan dan itulah faktor yang boleh membuatkan si kecil merancang untuk sesuatu yang luar biasa.
– Jangan selalu hadapkan dengan benda mudah, nanti si kecil tidak dapat berfikir di luar kotak.

skil didik anak
Kredit foto: Marta Wave

4. Patuhi peraturan
– Peraturan sebenarnya mendidik si kecil lebih berdisiplin.
– Pada masa sama, ibu bapa juga perlu set minda untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak dan bukannya menentukan aktiviti anak.
– Penggunaan gajet sebagai contoh, perlu ingatkan anak-anak supaya limitkan masa bermain ketika makan dan tidur.

skil didik anak

Jadi, menarik bukan saranan yang dikongsikan Wojcicki untuk membantu para ibu muda membesarkan anak pada zaman ini.

Selain itu, jangan samakan cara didikan zaman dulu dengan sekarang. Pemikiran dan ketahanan mental anak-anak pun tak serupa.

Baca juga ‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ Dedah cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian

Iklan

Justeru, nilai diri dan kemampuan si kecil supaya ajaran yang baik dapat diserap sepenuhnya.

Okey! Selamat beramal ya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.