Ramai bengang kanak-kanak diikat kaki, tangan kerana tak buat kerja rumah. Ini tip betul didik anak-anak
RASANYA mesti ramai yang bengang kalau mengetahui seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa diikat kaki dan tangannya gara-gara tak buat kerja rumah?
Memang tak masuk akal. Namun apa yang berlaku di New Delhi, India memang menyedihkan.
Kes berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian penduduk sekeliling, malah turut menjadi kes polis yang sedang rancak menyiasat keluarga berkenaan.
Menurut laporan ANI, pada mulanya polis mengesyaki kejadian tersebut dirakam di Karawal Nagar.
Pun demikian, selepas penyiasatan lanjut dijalankan, akhirnya polis menemui alamat dan keluarga tersebut setelah melalui proses pencarian yang sukar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Keadilan Juvana.
Apa yang netizen persoalkan, tindakan keluarga itu memang keterlaluan.
Memang apa yang dilakukan untuk mengajar anak, namun itu bukanlah pendekatan yang wajar. Itu dah nama menyeksa!
Baca juga Si kecil selalu 'cranky' dan 'clingy'. Berikut tip mudah tenangkan mereka
Mengambil iktibar kepada kes kejam tersebut, SinarPlus kongsikan 5 tip terbaik untuk mendisiplinkan anak seperti yang dikongsikan oleh American Academy of Pediatrics (AAP):
1. Tunjuk dan beritahu
- Ajar anak perkara yang betul dan salah menggunakan perkataan yang baik dalam keadaan tenang.
2. Tetapkan had
- Mempunyai peraturan yang jelas dan konsisten serta boleh diikuti oleh anak.
- Pastikan peraturan itu diterangkan dalam istilah yang sesuai mengikut umur anak-anak.
3. Beritahu akibat
- Jelaskan dengan tenang dan tegas denda yang akan mereka dapat sekiranya tidak menjaga perilaku.
- Sebagai contoh, sekiranya mereka tidak mengemas mainan mereka, anda akan menyimpannya sepanjang hari.
4. Dengar luahan mereka
- Mendengar sangat penting. Biarkan anak anda menghabiskan ceritanya terlebih dahulu sebelum membantu menyelesaikan masalah.
5. Beri perhatian
- Perkara yang paling berkesan ialah memberi perhatian.
- Perhatian dapat mengukuhkan tingkah laku yang baik. Ingat, semua anak mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka.
Semoga kes seumpama itu tak terjadi di negara kita.
Didik dengan anak secara berhemah, jangan sampai mereka berdendam dengan kita apabila kita semakin menua.
Baca juga [VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang