Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

A
A
A

AKIBAT terlalu cuai, bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah kini berhadapan kecaman hebat termasuklah daripada bekas penyerang Mesir, Mido, juga dilihat lantang mengkritik.

Mido dalam satu kenyataan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pasukan tersebut setelah penyerang Liverpool itu diuji positif Covid-19 hanya beberapa hari selepas dia menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Cairo, Mesir.

Akibatnya, Salah kini terpaksa menjalani kuarantin Jumaat lalu menjelang pertembungan dengan Togo untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Mido yang membuat 51 penampilan bersama Mesir mengecam tindakan Salah yang menghadiri majlis perkahwinan abangnya, beberapa hari sebelum aksi antarabangsa ketika penularan wabak Covid-19 masih lagi belum reda.

Melalui beberapa klip video yang kini tular di media sosial memperlihatkan bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah, sedang menari dan tidak melakukan penjarakan sosial.

Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

Akibatnya, Salah kini didapati positif Covid-19.

Oleh itu, Salah terpaksa menjalani kuarantin menjelang pertembungan dengan Togo untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

"Saya tahu saya akan dikecam disebabkan komen saya ini tetapi saya perlu tegas mengatakan apa yang betul apa yang tidak.

"Salah telah membuat kesilapan besar apabila dia menghadiri majlis perkahwinan abangnya beberapa hari sebelum perlawanan membabitkan Mesir.

“Dia sangat cuai dan kesannya dia dijangkiti wabak berkenaan dan juga menjejaskan pasukan," kata bekas penyerang Mesir, Mido yang mengecam tindakan Salah tersebut.

Tindakan Salah itu menyaksikan Mesir kehilangan pemain penting dalam perlawanan besar selain mendatangkan risiko terhadap kesihatan rakan sepasukannya yang lain.

"Tidak sepatutnya dia berada di majlis perkahwinan abangnya terutama dalam tempoh ini.

"Majlis perkahwinan itu dihadiri 800 orang dan separuh daripada mereka mendekati Salah, katanya.

Mido juga turut menyalahkan pegawai pasukan Mesir yang tidak mengambil sebarang tindakan bagi mencegah perkara itu berlaku.

Sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan itu tidak salah. Tambahan pula orang yang hendak diraikan merupakan ahli keluarga kandung sendiri. Abang kahwin kan, tak kan tak nak pergi. Betul tak?

Cuma yang menjadi isu besar adalah Salah diuji positif Covid-19 akibat menghadiri majlis tersebut dan dilihat tidak mengamalkan penjarakan sosial serta membelakangkan SOP.

SinarPlus harap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang dan Salah tidak akan tersalah lagi serta peka dengan situasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang