Sanggup buat banyak kerja sara 9 anak, ibu tunggal ‘hensem’ raih perhatian

HIDUP di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun, kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Moga ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Sama seperti kisah seorang wanita ini yang berdepan dugaan hidup selepas bercerai pada usia perkahwinan 14 tahun.

Wanita dikenali Bella itu kini terpaksa bekerja keras demi menyara sembilan anak dengan membuat dua kerja dalam satu masa.

Menerusi perkongsian di laman TikTokm miliknya @‘Kakak Hensem Official’, sembilan anaknya berumur dalam lingkungan tiga hingga 15 tahun.

“Saya berasal dari Singapura, bekas suami pula merupakan orang Malaysia. Saya berkahwin ketika berumur 17 tahun. Hasil perkahwinan, saya dikurniakan sembilan cahaya mata.

“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya duduk di Malaysia sehinggalah kami berpisah pada Disember 2021. Selepas bercerai, saya balik ke Singapura. Dulu saya hanya suri rumah. Saya tak boleh kerja di Malaysia sebab tak ada visa kerja.

“Selepas balik Singapura, saya mula bekerja sebagai rider penghantar makanan. Pada masa sama, saya turut bergelar perunding kecantikan,” ujarnya.

Kata wanita tabah itu, sememangnya dia berasa sukar kerana perlu menyara sembilan orang anaknya namun dia sentiasa reda dengan takdir ALLAH dan berharap agar dirinya kuat dalam meneruskan kehidupannya.

“Perkahwinan saya bertahan selama 14 tahun saja. Saya tak boleh cerita lanjut, namun secara asasnya, anak-anak kata mereka dah tak boleh bertahan. Pada saya, hidup ini memang sentiasa ada cabaran. Jadi kita kena belajar untuk terima cabaran.

“Nak membesarkan sembilan orang anak, memang ada rasa sukar. Cuma pada saya, kita sebagai ibu kena kuat. Mereka pun dah ada trauma, takkan kita nak tambah trauma lagi kan. Apa yang dah berlaku mengajar saya untuk kuat hari ini.

“Dulu duduk dengan anak 24 jam. Sekarang kena bekerja. Setiap apa yang berlaku ada baik buruknya. Sebagai perempuan, saya juga saya ada perasaan untuk berkahwin lagi. Tapi saya cuma mohon doa yang baik-baik,” jelas.

Baca juga Anak lelaki mengadu sakit dubur, rupanya diliwat cikgu, 21 mangsa sama

Kredit foto: TikTok died301090

Selain kisah hidupnya sebagai seorang ibu tunggal yang kuat, penampilannya seakan lelaki turut menarik perhatian ramai.

Ujar Bella, dia selesa begitu kerana tiada masa untuk hias diri seperti wanita lain.

“Saya masih perempuan. Penampilan saja macam lelaki. Lagi selesa nak urus diri sebab saya tak suka habiskan masa lebih setengah jam depan cermin.

“Sebelum kahwin pun saya memang rambut pendek, tak pernah panjang. Masa kahwin saya simpan rambut panjang. Kemudian rambut saya kembali pendek selepas berpisah,” jelasnya.

Iklan

Sementara itu, Bella turut menitipkan pesan buat ibu tunggal lain di luar sana agar terus tabah dan cekal.

Menjengah ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata semangat dan ada yang berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dengannya.

Ujar mereka;

“Tak apa sis luar je nampak laki… tapi dalaman sis ada aura seorang ibu yang kuat dan tabah… Moga dipermudahkan semuanya.”

“Apa pun fitrah manusia. Kita susah sapa yang nak penduli. Yang penting kita tau apa kita buat.”

Iklan

Baca juga Tak puas hati isteri minta cerai, lelaki kejam ini tembak semua ahli keluarganya sampai mati

“9 orang aanak kak… besar pengorbanan tu. Semoga dimurahkan rezeki.”

“Saya adik-beradik 11 orang mama saya ibu tunggal, umur baru 31 mama saya.”

“Yang penting sis kulit dan muka tan nampak anak ramai, aku anak 4 dah macam anak 9 dah nie. Kadang mekap pon tak dan.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.