Sanggup jual buah pinggang, ugut ambil nyawa sendiri gara-gara nak bayar hutang

A
A
A

HIDUP dikelilingi hutang, memang tak akan tenteram.

Lagi haru jika berhutang dengan ahlong. Setiap masa akan diburu ketakutan yang amat.

Silap hari bulan, rumah kena simbah cat. Satu taman tahu, memang memalukan diri dan keluarga.

Bukan sahaja diburu si pemiutang, nak makan dan tidur pun tidak senang dek memikirkan tarikh langsai hutang semakin dekat.

hutang

Sebenarnya, kes membabitkan kisah pinjam ahlong ini memang sudah banyak kali dipaparkan di media. Ramai yang kecut perut tetapi ada juga yang terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup.

Antara contoh kes ngeri adalah si peminjam kena rantai dan diseksa dalam bilik kosong. Ini bukan drama swasta tetapi kisah benar yang pernah berlaku.

Di Indonesia, terdapat satu kisah yang ingin SinarPlus kongsikan. Ia berhubung dengan cerita seorang pemilik akaun Twitter yang berasal dari Indonesia yang dikenali dengan nama Abay.

Abay dikatakan sangat terdesak memohon bantuan orang ramai dek kerana dibelenggu hutang yang dipinjam secara online.

hutang

hutang

Berikut adalah petikan ciapannya menerusi Twitter:

"Assalamualaikum Wr Wb. Mohon bantuan, saat ini saya sedang dikeliling hutang yang dipinjam secara online. Saya berharap ada yang dapat membantu saya.

"Saya sudah bingung bagaimana cara untuk melunaskan hutang pinjaman online. Pinjaman tersebut sudah habis tempoh."

Bukan sedikit ya jumlah pinjamannya. Jika dihitung keseluruhan hutang yang ditanggung adalah $27.9 juta rupiah daripada 16 pembiaya online!

hutang

Jika ditukarkan kepada mata wang kita, ia berjumlah RM7,825.75.

Mungkin disebabkan ramai tidak layan dengan permintaannya, Abay menciap ciapan terbaharu yang mengejutkan.

hutang

Beliau telah offer untuk menjual buah pinggangnya sendiri semata-mata untuk melangsaikan hutang yang masih banyak itu.

“Saya mahu jual GINJAL saya untuk bayar hutang. Saya terpaksa melakukan hal ini kerana sudah tidak tahu harus bagaimana lagi. Tolong jika ada yang mahu membantu, boleh hubungi saya."

Sekali lagi, tiada respons daripada warga maya. Tiada seorang pun yang retweet statusnya atau memberi komentar.

Melihat situasi negatif itu, mungkin Abay terlampau kecewa beliau menciap lagi dengan mengugut mahu mengambil nyawanya. Beliau antara lain berkata:

hutang

“Kecewanya, bagaimana lagi, harus cari ke mana lagi. Harus minta tolong sama siapa lagi? Peninglah. Mungkin bunuh diri jalan keluarnya!."

Bahayakan bila baca kisah lelaki ini.

Kisah ini perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada kita khususnya anak muda.

Ingat, jangan sesekali berhutang di luar kemampuan diri. Padah jadinya. Kan aman kalau hidup bersederhana!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang