Sanggup telan magnet gara-gara uji kaji, kanak-kanak 12 tahun hampir maut

A
A
A

SIKAP ingin tahu yang terlalu tinggi, barangkali boleh membawa padah. Lebih-lebih lagi uji kaji yang mahu dilakukan boleh mengundang maut.

Apa yang berlaku di Prestwich, Greater Manchester, England baru-baru ini boleh dijadikan iktibar.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hampir maut gara-gara menelan 54 bebola magnet sebagai uji kaji. Ini bukan perkara main-main ya!

telan magnet

Menurut laporan dailymail.co.uk, Rhiley Morrison yang taksub dengan subjek Sains itu sanggup menelan 54 bebola magnet bagi membuktikan eksperimen tentang magnet adalah tepat.

Morrison yang juga seorang autisme dikatakan menelan magnet tersebut pada waktu berbeza untuk melihat sama ada objek besi mampu melekat pada badannya atau sebaliknya.

Artikal berkaitan: Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian

Dipendekkan cerita, anak sulung daripada empat beradik itu kemudiannya resah apabila magnet yang ditelan gagal dikeluarkan sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Paige Ward, 30.

Hati ibu manalah yang tidak terkejut dengan berita yang disampaikan anaknya itu.

Ward terus bergegas ke hospital kerana bimbang insiden tidak diingini berlaku.

telan magnet

Hasil imbasan sinar X mendapati, 54 bebola magnet yang ditelan masih melekat pada usus dan perut remaja tersebut sebelum pembedahan serta-merta dijalankan.

Memang menakutkan apabila melihat foto imbasan sinar X tersebut. Jika lambat bertindak, magnet tersebut boleh menyebabkan organ dalaman rosak teruk.

Doktor hospital tersebut akhirnya berjaya mengeluarkan magnet selepas enam jam pembedahan.

Artikal berkaitan: Tercekik kerana sosej, boleh membunuh kanak-kanak hanya dengan beberapa saat!

Morrison kemudian ditahan di wad selama 10 hari untuk pemeriksaan lanjut.

Bukan sahaja tidak dapat makan dan bergerak dengan sempurna, Morrison dilaporkan terpaksa menggunakan tiub sementara akibat komplikasi organ dalaman.

Pun begitu, kanak-kanak itu sudah kembali ke rumah untuk berehat.

Ward juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mengerikan tersebut kerana tidak menyangka anaknya yang juga mengalami masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder itu sanggup menelan bebola magnet dengan jumlah yang banyak.

telan magnet

Bebola magnet yang dibeli sebagai alat permainan anaknya itu rupa-rupanya boleh membunuh jika tidak dipantau dengan sebaiknya.

"Pihak hospital hanya meneka 25 hingga 30 magnet sahaja ditelan, tetapi rupa-rupanya ada 54 bebola magnet kesemuanya.

" Tidak dinafikan anak saya sangat obses dengan Sains dan suka buat eksperimen. Barangkali masih budak-budak dan ingat semua benda menyeronokkan, namun akhirnya membahayakan diri," katanya.

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, hati-hatilah dengan objek mainan yang dibeli. Seeloknya pemilihan permainan itu sesuai pada peringkat umur mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang