Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
SIFAT sabar yang tinggi dalam diri ibu bapa adalah kunci segala kejayaan dalam mendidik anak-anak.
Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar pada zaman serba moden dan maju ini.
Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar kita.
Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang didakwa atas tuduhan membunuh anak tirinya, Nursabrina Agustiani Abdullah berusia empat tahun di sebuah flat di Singapura.
Muhammad Salihin Ismail, 28, didakwa menendang perut mangsa beberapa kali pada September 2018.
The Straits Times melaporkan, dia melakukan perkara itu akibat berang kerana mangsa membuang air kecil di luar mangkuk tandas.
Timbalan Pendakwa Raya Awam, Senthilkumaran Sabapathy dan Lim Yu Hui berkata perbuatan tertuduh telah menyebabkan kanak-kanak perempuan itu mengalami pendarahan dalam perut.
Kejadian dipercayai berlaku ketika tertuduh dan isteri itu mula mengajar mangsa menggunakan tandas sebagai persediaan untuk ke sekolah dijadual pada akhir September 2018.
Ini kronologi kejadian tersebut;
1 September 2018Ibu mangsa keluar bekerja meninggalkan Salihin bersama mangsa dan anak kembar mereka.
Menurut kes pendakwaan itu, Salihin berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas dan memarahi serta menumbuk perut mangsa beberapa kali.
Tidak lama selepas itu, anak tirinya memberitahu mahu ke tandas dan Salihin menyuruhnya pergi sendiri.
Tertuduh sekali lagi menemui tompokan urin di atas lantai dan naik angin hingga menolak mangsa ke lantai serta menendang dan menumbuk perutnya beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu.
Menjelang malam, mangsa mengadu sakit perut pada ibunya dan turut muntah di atas sofa.
Keadaan itu berterusan sehingga keesokan harinya dan Salihin dipercayai menjolok tekak mangsa dengan jari telunjuk apabila dia mengalami kesukaran untuk muntah.
Kanak-kanak itu akhirnya muntah dan jatuh pengsan.
Baca juga Restoran muflis, 10,000 hilang kerja akibat Covid-19 di Jepun
2 September 2018
Sejurus anggota paramedik tiba pada jam 9.17 pagi, mereka mendapati kanak-kanak itu sudah tidak lagi bernafas dan nadinya terhenti.
Mereka turut menemui kesan lebam pada muka mangsa dan ibunya hanya mampu menangis.
Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.12 pagi hari sama.
Pihak hospital kemudiannya melaporkan kematian mangsa kepada polis.
3 September 2018Salihin ditahan.
Salihin mengakui dia sengaja menyasarkan perut anak tirinya agar 'memberi pengajaran' kerana mengalami masalah untuk membuang air kecil dengan betul.
Difahamkan, Salihin mengahwini ibu gadis itu, Syabilla Syamien Riyadi, 24, pada tahun 2016 ketika Sabrina berusia dua tahun.
Perbicaraan akan bersambung semula pada Rabu.
Jika disabit bersalah, Salihin bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan.
Moga kejadian seumpama ini tidak berlaku di negara kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang