Selepas didakwa membunuh isteri sendiri, mencuri pula, bekas suami model terkenal kini ditahan

No Image Caption
A
A
A

BEKAS suami kepada model dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi dipenjara tiga tahun setengah atas jenayah mencuri emas dan barang kemas.

Menurut penghakiman bertulis mahkamah daerah Hong Kong, Alex Kwong Kong-chi, 29, dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah enam pertuduhan terhadapnya yang dilakukan antara Jun 2013 hingga Januari 2015.

Bukan itu sahaja, dia juga mengaku bersalah atas satu pertuduhan gagal menyerahkan diri untuk ditahan, selepas melanggar syarat ikat jamin pada 2015.

Mahkamah daerah memaklumkan,tempoh hukuman penjara telah dikurangkan selepas pengakuan bersalah dibuat serta pembayaran balik sepenuhnya kepada mangsa.

Alex telah menyakinkan pemilik barang kemas berharga untuk menyerahkan perhiasan itu kepadanya dengan janji manis akan menjualnya semula.

Bagaimanapun, suspek menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi sejurus barang tersebut berada di tangannya.

Nilai barang yang dicurinya dianggarkan bernilai HK$6.3 juta (RM3.8 juta).

Dalam pada itu, Timbalan Hakim Mahkamah Daerah, David Cheung dalam penghakiman bertulisnya berkata, Alex berkahwin dengan seorang suri rumah apabila dia melakukan perbuatan mencuri itu.

Kini dia ditahan berhubung kes pembunuhan Abby pada 2023.

Peguam Alex dalam pembelaan berkata, anak guamnya berdepan tekanan hebat kerana menyertai 'skim cepat kaya'.

Katanya, lelaki tersebut juga menanggung perbelanjaan universiti abangnya dan kos sara hidup di Amerika Syarikat, manakala bapanya bersara dan ibunya muflis dikejar pemiutang.

"Tertuduh mempunyai dua anak iaitu lelaki kini berumur 10 tahun dan perempuan sembilan tahun," katanya.

Alex, abang dan bapanya masih menghadapi pertuduhan membunuh bekas isterinya, Abby, yang kepalanya terputus ditemukan dalam periuk sup di sini, tahun lalu.

Sebelum ini Alex hidup dalam buruan selama lebih tujuh tahun dan ditangkap di Wilayah Baharu Hong Kong pada 25 Februari 2023.

Ibunya bebas dengan diikat jamin selepas didakwa menghalang keadilan berhubung bukti yang berkaitan dengan pembunuhan Abby.

Kisah pembunuhan kejam itu, mendapat perhatian komuniti antarabangsa selepas bahagian tubuhnya dikerat-kerat manakala kepala dan bahagian rusuknya ditemukan di dalam periuk besar dan kakinya berada dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Lung Mei Tsuen di Tai Po pada akhir Februari lalu.

Kes itu sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong untuk dibicarakan.

Baca juga :

Lelaki ini nekad panjat pencawang elektrik gara-gara bertengkar dengan isteri ketiga, siap buat wasiat kepada keluarga

Baca juga :

'Yang ditakuti benar terjadi.' Abang dedah adik ditikam suami di hotel pernah diugut bunuh, derita digantung tak bertali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang