'Seminggu tiga kali...'Ayah tak tahan lihat video lucah, rogol zuriat sendiri sejak usia 5 tahun hingga melahirkan anak

No Image Caption
A
A
A

TRAGEDI menyayat hati menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila dia didakwa menjadi mangsa kerakusan bapa kandung sendiri.

Lebih menyayat hati apabila perbuatan terkutuk itu telah berlangsung selama bertahun-tahun hingga menyebabkan mangsa melahirkan seorang bayi.

Kejadian yang berlaku di Kabuten Way Kanan, Lampung itu mula terbongkar apabila ibu saudara mangsa berkunjung ke rumah mereka pada penghujung Disember tahun lalu.

Dia menyedari perubahan ketara pada fizikal anak buahnya apabila wajah membengkak dan susuk tubuh yang kelihatan berbeza.

Walaupun remaja itu mengadu sering mengalami ketidakselesaan pada perutnya, dia enggan menjalani pemeriksaan perubatan.

Artikel Berkaitan:

Sebulan kemudian, jiran mereka dikejutkan dengan berita kelahiran dan tangisan dari seorang bayi perempuan di rumah tersebut pada 30 Januari lalu.

"Setelah didesak, mangsa akhirnya mengakui bahawa dia telah menjadi mangsa kekerasan seksual oleh bapanya sendiri.

"Ibu saudaranya kemudian membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa bapa kandung mangsa yang berusia 39 tahun, mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu sejak anaknya berusia lima tahun, iaitu selepas bercerai dengan isterinya.

Bapa yang dikenali sebagai SU diberi tanggungjawab menjaga anak mereka, memandangkan ibu kandung mangsa bekerja sebagai pembantu rumah di luar kawasan.

Namun, di sebalik tanggungjawab tersebut, si bapa tergamak mengkhianati darah daging sendiri, menjadikan anaknya mangsa derita selama lebih satu dekad.

Remaja malang itu juga dikatakan sering menerima ugutan daripada bapanya.

Jika dia cuba melawan atau menolak, bapanya akan mengancam untuk mencederakannya dengan senjata tajam, malah pernah untuk cuba membunuhnya.

Perbuatan keji ini dipercayai berlaku sekurang-kurangnya tiga kali seminggu yang didorong oleh kebiasaan pelaku sering menonton video lucah.

Perbuatan tidak bermoral itu berlanjutan hingga mangsa berada di tingkatan tiga dan menyebabkan mangsa hidup dalam ketakutan berpanjangan.

"Dalam seminggu, pelaku tergamak memaksa mangsa melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua hingga tiga kali.

"Kali terakhir perbuatan keji itu dilakukan adalah pada akhir Jun 2024.

"Pelaku turut mengancam akan membunuh mangsa jika enggan menuruti nafsu serakahnya," kongsinya.

Kini, mangsa dan bayinya telah dibawa ke tempat selamat di bawah jagaan ibu saudaranya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang