Si Tanggang moden biar ibu kebuluran nak bolot harta

A
A
A

SI TANGGANG moden, demikian gelaran yang sesuai diberikan buat seorang lelaki yang menzalimi ibunya sendiri demi harta.

Dalam kejadian berlaku di Nikom, Satuek, Thailand, wanita warga emas, Nuan Salangam, 82, diabaikan anaknya didakwa bagi mendapatkan harta pusaka.

Wanita berkenaan dipercayai telah dibiarkan kelaparan oleh si anak dengan harapan beliau meninggal dunia bagi mewarisi harta.

Bagaimanapun, belum sempat impian tercapai, anak lelakinya yang berusia 57 tahun itu ditemui meninggal dunia akibat penyakit tibi (tuberkulosis) dalam keadaan yang cukup tragis.

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Pegawai polis dan penyelamat yang menerima laporan daripada jiran mereka selepas terhidu bau busuk. Setelah memasuki rumah berkenaan, mereka mendapati mayat Thongdee Salangam sudah mereput dimakan ulat di atas katil kayu.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia empat hari sebelum ditemui.

Dalam operasi berkenaan, polis dan pasukan penyelamat turut menemui wanita berkenaan di atas tilam di dalam rumah berkenaan.

Nuan memberitahu beliau tidak menyedari anaknya itu meninggal dunia dan mengadu kelaparan kerana sudah empat hari tidak makan dan minum.

Baa juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

Wanita itu turut mendedahkan dirinya telah terlantar 10 tahun lalu. Biarpun mempunyai akses kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, Nuan mendakwa anak lelakinya membolot wang tersebut dan membeli minuman keras. Malah si anak juga tergamak membiarkannya kelaparan.

Ibu tua itu juga menambah, beliau merasakan Thongdee mahu dirinya mati kelaparan supaya boleh menjual rumah, tanah dan semua aset keluarga.

“Thongdee makan makanan di hadapan saya. Saya minta makanan kepadanya, tetapi dia tidak memberi apa-apa. Saya terpaksa minum air paip. Dia selalu memukul saya setiap kali dia mabuk. Saya tidak tahu bagaimana saya bertahan sehingga sekarang. Saya tidak mempunyai sesiapa. Tiada elektrik di sini, dan tiada siapa yang akan menjaga saya,” katanya.

Baca juga: Ibu manjakan anak dengan kemewahan, hisap puting emas, mandi susu dan madu

Seorang jiran, Danita Trate-theaway, 59, memaklumkan kepada media bahawa dia tahu lelaki itu menyebabkan Nuan kelaparan dan telah melaporkan kejadian itu kepada polis.

Danita berkata, Nuan masih menyayangi anaknya. Tiada sesiapa berani melawat kerana bimbang sikap Thongdee yang sering mabuk selain bimbang dijangkiti penyakit tibi.

Seorang lagi jiran, Kae Paeree, 60, berkata Thongdee menggadaikan tanah 10 tahun lalu dan membelanjakan semua wang itu, kira-kira 50,000 hingga 60,000 baht (RM6,274.88 hingga RM7,529.86) untuk berjudi.

Sudah jatuh ditimpa tangga, agen peminjam wang  juag didakwa menaikkan kadar faedah pinjaman hingga 300,000 baht (RM37,649.29). Kini mereka dikatakan sedang menunggu Nuan meninggal dunia untuk merampas tanah bagi melunaskan hutang Thongdee.

Ketua Daerah Satuek, Piphat Bamrungklang memberitahu media, Hospital Satuek akan menjaga Nuan sehingga kesihatannya pulih.

Beliau menambah para pegawai sedang berusaha menjejaki ahli keluarga wanita itu. Jika waris tidak ditemui warisnya, Nuan akan dihantar ke rumah jagaan warga emas.

Baca juga: RM8,000 melayang, anak 2 tahun main telefon ibu, bayar barang dalam ‘shopping cart online’

Tidak hanya di luar negara, pengabaian warga emas juga banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Terdapat dua jenis pengabaian iaitu:

Pengabaian fizikal

1-Tidak menyediakan keperluan asas dan nafkah hidup yang mencukupi seperti makan minum, pakaian dan kemudahan tempat tinggal.

2-Menafikan keperluan mendapatkan rawatan, pemulihan kesihatan dan jagaan kebersihan diri seperti tidak membiayai kos perubatan, memandikan atau menukar lampin jika mereka sakit terlantar.

3-Membiarkan warga emas hidup melarat, merayau atau mengemis di jalanan.

4-Mengasing atau meninggalkan warga emas keseorangan dalam keadaan yang membahayakan keselamatan dan kesihatannya.

5-Tidak menghubungi atau melawat warga emas

6-Memaksa atau membiarkan warga emas melakukan aktiviti atau kerja yang boleh menjejaskan kesihatan mereka

Baca juga: 16 anak semuanya masuk universiti. Ini rupanya 5 didikan bapa mereka

Pengabaian psikologikal

1-Membiarkan warga emas dalam kesedihan atau kemurungan

2-Tidak memberi perhatian terhadap pandangan dan kebolehan warga emas

3-Melayan dengan perkataan dan perbuatan yang mengguris hati

4-Mengasingkan atau menghalang hubungan komunikasi dengan orang lain seperti panggilan telefon, surat menyurat, pelawat atau aktiviti sosial.

5-Tidak meraikan dan menghargai kehadiran warga emas

6-Menghalau atau menyisihkan warga emas

7-Tidak membantu melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati seperti menghadiri aktiviti agama, riadah atau kebudayaan.

Jika  anak tidak cakna akan ibu bapa sendiri, siapa lagi?

Baca juga: "Mandikan, cuci punggung masa di hospital, tak pernah mengeluh" - Perkongsian Muss buat peminat sebak

Sumber: Thaiger, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang