APABILA Vun Pui Connie Chong dan anak perempuannya, San Yan Melanie Lim, mengimport 25 kilogram (kg) teh halia perang ke Australia tahun ini, mereka merancang untuk menjualnya pada harga lebih tinggi.

Menurut laporan Vice, teh halia ialah ubat yang terkenal untuk meredakan kesakitan akibat senggugut di Malaysia.

Mengikut perancangan Connie dan Melanie, mereka akan mengaut keuntungan kira-kira $90 AUD (kira-kira RM273.48) hasil jualan teh halia itu.

Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila polis bersenjata lengkap menyerbu rumah mereka di barat daya Sydney Januari lalu.

Baca juga: Khasiat halia bukan sekadar buang angin

Ia terjadi selepas pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) memintas bungkusan teh di lapangan terbang antarabangsa dan tersilap mengenal pasti kandungannya sebagai amphetamine.

Dua beranak itu telah ditangkap dan dipenjarakan selama empat bulan tanpa jaminan walaupun pihak berkuasa telah dimaklumkan tentang masalah dengan ujian yang digunakan untuk mengenal pasti bahan tersebut beberapa minggu dan bulan berikutnya.

Bagaimanapun tuduhan ke atas dua wanita itu ditarik balik pada 10 Ogos susulan polis New South Wales menerima analisis forensik mereka sendiri.

Baca juga: Resipi jus halia bersama madu sihat dan sedap

Mahkamah Tempatan Downing, Sydney mendengar bahawa ABF menggunakan ujian presumptif “hazmat” untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai “Phenmetrazine” iaitu ubat perangsang haram yang biasa digunakan untuk tujuan rekreasi.

Bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan “Phenmetrazine”.

Malah ini tidak terhad kepada “Phenmetrazine” sebaliknya turut merangkumi gula, sukrosa dan gula tepung.

Kredit foto: Canva

Susulan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan dan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.

Difahamkan Connie Chong dan anaknya, Melanie Lim tidak dibenarkan diikat jamin sehingga Mei.

Iklan

Mereka telah memfailkan tuntutan saman menuntut kos yang enggan dibayar Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel.

Peguam Connie Chong, Steve Boland, menyoal kenapa Conaghan tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada tertuduh lebih awal.

Saksi itu menjawab ia kerana dadah itu masih menunggu untuk diuji sepenuhnya.

“Jadi bagaimana? Mereka perlu meringkuk dalam penjara?” tanya Boland.

Iklan

Conaghan bagaimanapun hanya berdiam diri, lapor The Sydney Morning Herald.

Majistret Jennifer Atkinson menangguhkan kes ke bulan Mac tahun hadapan.

Baca juga: Halia boleh cegah kuman, kuatkan imunisasi tubuh

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: The Sydney Morning Herald, Vice