Khasiat halia bukan sekadar buang angin

April 16, 2020
Arziana Mohmad Azaman

HALIA yang sering ada di dapur rumah biasa digunakan dalam masakan. Selain kita juga sedia maklum bahawa halia adalah bahan paling bagus untuk membuang angin dalam badan.

Namun apa khasiat lain yang ada pada halia? Mari kita lihat.

1. Mengurangkan kesakitan haid

Apabila wanita dalam tempoh haid pastinya rasa tidak selesa dan sakit terutama di bahagian perut. Jadi amat digalakkan wanita yang dalam tempoh awal haid untuk mengamalkan pemakanan halia ini kerana ia boleh mengurangkan rasa sakit. Campurkan halia dalam minuman seperti teh atau susu dan minum ia.

2. Melegakan morning sickness

Bagi wanita hamil yang mengalami morning sickness boleh amalkan makan 1 gram halia setiap hari untuk membuang rasa loya. Ini kerana sebatian aktif dalam halia akan bertindak melegakan rasa loya. Jika anda loya yang bukan morning sickness juga boleh mengamalkan ini.

3. Mengurangkan keradangan

Halia mengandungi sebahagian andalgesik yang mampu mengurangkan rasa sakit keradangan atau bengkak.

4. Mengurangkan berat badan

Halia mampu menghapuskan lemak tepu kerana ia boleh menjadi ajen pembakar lemak. Selain ia mampu melancarkan penghadaman dan meningkatkan metabolisma badan.

Inilah beberapa khasiat halia selain daripada membuang angin. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash

About Arziana Mohmad Azaman