Bertuahnya! Kembar lima semula jadi bakal terima lebih RM500,000

Foto: The Star dan Kredit foto: Korea JoongAng Daily
Foto: The Star dan Kredit foto: Korea JoongAng Daily
A
A
A

BERTUAHNYA bayi kembar lima ini. Sudahlah kelahiran seumpama itu jarang berlaku, kembar lima iaitu tiga lelaki dan dua perempuan pada 20 September lalu bakal menerima lebih setengah juta daripada kerajaan!

Korea Selatan yang bergelut dengan kadar kesuburan paling rendah di dunia iaitu 0.72 peratus, Korean Herald melaporkan kelahiran bayi kembar lima pada minggu lalu menjadi berita utama.

Lebih mengujakan, jumlah semua geran kerajaan yang akan diterima oleh bayi iaitu berjumlah sekurang-kurangnya AS$128,000 (kira-kira RM529,000).

Setiausaha presiden kanan bagi isu kadar kelahiran rendah, Profesor You Hye-mi, menyampaikan hadiah kepada bapa kepada kembar lima. (Kredit foto: Korea JoongAng Daily)
Setiausaha presiden kanan bagi isu kadar kelahiran rendah, Profesor You Hye-mi, menyampaikan hadiah kepada bapa kepada kembar lima. (Kredit foto: Korea JoongAng Daily)



Kim Joon-young, 31, dan Sagong Hye-ran, 27, dari Dongducheon, Gyeonggi, mendapat kembar lima iaitu tiga lelaki dan dua perempuan pada 20 September lalu.

Setiausaha presiden kanan bagi isu kadar kelahiran rendah, Profesor You Hye-mi, menyampaikan hadiah kepada bapa kepada kembar lima. (Kredit foto: Korea JoongAng Daily)
Setiausaha presiden kanan bagi isu kadar kelahiran rendah, Profesor You Hye-mi, menyampaikan hadiah kepada bapa kepada kembar lima. (Kredit foto: Korea JoongAng Daily)



Ia kelahiran kembar lima pertama secara semula jadi di Korea Selatan!

Ibu bayi berkenaan, Sagong bekerja sebagai pegawai pentadbiran di sebuah sekolah di Yangju, Wilayah Gyeonggi manakala si bapa pula seorang guru sekolah menengah di Dongducheon.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Insentif bernilai kira-kira RM529,000 itu termasuk baucar tunai sebanyak AS$11,300 (kira-kira RM46,700) yang disediakan Dongducheon.



Ia boleh digunakan di mana-mana kedai di dalam bandar dengan jualan tahunan kurang daripada AS$753,000 (kira-kira RM3.1 juta).

Pakej promosi bersalin di Dongducheon menawarkan ibu bapa dengan AS$753,000 (kira-kira RM3,100) untuk kelahiran anak pertama, AS$1,129 (kira-kira RM4,700) untuk anak kedua, AS$1,800 (kira-kira RM7,700) untuk anak ketiga dan AS$3,700 (kira-kira RM16,000) untuk anak keempat dan seterusnya.

Kerajaan tempatan Dongducheon juga akan menyediakan AS$2,600 (kira-kira RM11,000) dalam sokongan penjagaan selepas bersalin, juga dalam bentuk baucar tunai.

Secara berasingan, pasangan itu layak mendapat pelbagai insentif lain termasuk elaun ibu bapa, diperkenalkan pada Januari 2023, yang menawarkan AS$750 (kira-kira RM3,100) sebulan bagi setiap anak untuk 11 bulan pertama selepas kelahiran, diikuti dengan AS$376 (kira-kira RM1,600) sebulan untuk 11 bulan berikutnya.

Kredit foto: Korea JoongAng Daily
Kredit foto: Korea JoongAng Daily



Ibu bapa juga akan menerima elaun anak-anak sebanyak AS$75 (kira-kira RM311) sebulan bagi setiap anak sejak lahir sehingga umur anak mencapai 95 bulan.

Kehamilan kembar banyak berlaku pada pasangan dapatkan rawatan kesuburan seperti persenyawaan in vitro (IVF).

LAHIR KETIKA 27 MINGGU

Bayi kembar lima bertuah itu dilahirkan dalam minggu ke-27 kehamilan menerusi pembedahan Caesarean susulan ibu mengalami praeklampsia.

Memetik Korea JoongAng Daily, pembedahan berkenaan melibatkan 30 kaki tangan hospital termasuk pakar obstetrik, pakar bius, pakar pediatrik dan jururawat.

Bayi lelaki pertama, yang mempunyai berat 969 gram pada dilahirkan pada 11.37 pagi dan kemudian disusuli dua adik lelaki pada 11.40 pagi serta 11.41 pagi. Masing-masing seberat 888 dan 953 gram.

Artikel Berkaitan:

Kredit foto: The Star
Kredit foto: The Star



Manakala bayi keempat iaitu bayi perempuan seberat 736 gram dilahirkan pada pukul 11.42 pagi diikuti si bongsu perempuan pada pukul 11.43 pagi dengan berat 781 gram.

Paling melucukan, bapa mereka sudah memberikan nama timangan buat si kecil berlima ini sejak dalam kandungan ibu lagi.

Panggilan manja 'PangPang Rangers' ditujukan buat kelima-lima mereka yang merujuk kepada siri televisyen yang memaparkan lima adiwira iaitu Power Rangers.



Difahamkan, kelahiran bayi kembar lima terakhir di Korea Selatan ialah pada tahun 1987. Bagaimanapun, ia tidak berlaku secara semula jadi sebaliknya dibantu dengan rawatan kesuburan.

BANDAR 'KEMBAR'

Sekadar info, sebuah bandar di Nigeria, Igbo-Ora yang terletak di barat daya Nigeria banyak menyaksikan kelahiran bayi kembar dan kembar seiras.

Boleh dikatakan hampir setiap keluarga di sana mempunyai anak kembar!

Tiada penjelasan saintifik bagi membuktikan kadar tinggi kembar di Igbo-Ora, bandar yang memiliki sekurang-kurangnya 200,000 penduduk itu namun ramai penduduk tempatan percaya ia membabitkan diet wanita yang melibatkan ubi keladi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang