SEORANG warga emas berusia 71 tahun menemui ajal selepas terjatuh kedalaman 130 kaki lubang yang digali di dapur kediamannya.

Kerja menggali itu dibuat susulan mangsa dikenali sebagai Joao Pimenta da Silva dari Brazil mempercayai emas tertanam di bawah rumah.

Joao yang merupakan seorang pesara dikatakan hilang keseimbangan menyebabkan dia jatuh ke dalam lubang seluas kira-kira 35 inci dan bersamaan dengan 12 tingkat.

Menurut laporan tempatan, mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba keluar dari tempat penggalian ketika kerja mengalihkan udara dan lumpur.

Baca juga:Nyaris maut jatuh landasan kereta api, tindakan pantas ibu selamatkan dua anak

Berdasarkan maklumat daripada jiran lelaki terbabit, dia menjadi taasub dengan kepercayaannya bahawa terdapat emas tertanam di bawah kediaman di kawasan Ipatinga, Minas Gerais selepas bermimpi sedang duduk di atas kekayaan.

Katanya, Joao telah menggali lubang itu selama lebih setahun, dan mengupah orang untuk menjalankan kerja penggalian.

Baca juga:Jangan kerana lantang berbicara, bebas berjenaka sehingga komoditi negara dipersenda MPOB

“Dia mula dengan membayar 70 Reais Brazil (RM66.80) sehari namun semakin dalam digali semakin meningkat kos.

Iklan

“Joao mendakwa diberitahu oleh ‘roh’ di dalam mimpi terdapat emas di bawah batu di bawah lantai dapurnya dan dia cuba memberi amaran kepadanya tentang bahaya misi tersebut tetapi tidak dipedulikan,” katanya.

Dalam pada itu, anggota bomba mengesahkan mereka menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 1.30 petang pada 5 Januari lalu di sebuah rumah di kawasan perumahan Betania.

“Tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan nyawanya termasuk pekerja yang berada ketika insiden berkenaan juga gagal untuk selamatkan mangsa,” ujarnya.

Mayatnya dikeluarkan menerusi perkhidmatan kecemasan dan didapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki serta tulang lain.

Sumber: Daily Star

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang