PADA saat dunia bergelut dengan wabak Covid-19 terdapat sesetengah pihak mengambil kesempatan seolah-olah menangguk di air keruh.

Salah satunya mencipta vaksin palsu, sedangkan pada asasnya suntikan vaksin berperanan membantu mengawal penularan, sekali gus membentuk antibodi dan mengurangkan kebarangkalian kejadian Covid-19.

Inilah yang berlaku di India apabila ribuan penduduk tempatan menjadi mangsa disuntik vaksin Covid-19 dipercayai air garam.

Memetik laporan CNN, dianggarkan 2,500 mangsa telah menerima vaksin palsu Covid-19. Hasil penipuan itu scammer terlibat mengaut keuntungan sekitar AS$28,000 (RM11,6424).

Baca juga 80 Peratus Rakyat Peru Dijangkiti Varian Lambda, Lebih Bahaya Dari Delta. Berikut 10 Fakta Perlu Diketahui…

Pun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kegiatan licik yang berlaku di 12 lokasi pusat pemberian vaksin itu terbongkar.

Menurut jurucakap polis Mumbai, vaksin yang kononnya diberikan kepada penduduk di 12 buah pusat vaksinasi hanyalah air garam.

Justeru, setakat ini pihak polis telah menahan 14 orang doktor dan pegawai perubatan yang dikatakan menjadi dalang sindiket vaksin palsu terbabit.

Iklan

Mereka dipercayai menipu, cubaan membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain. Jumlah suspek dijangka meningkat sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

Sindiket penyediaan vaksin palsu berkenaan secara tidak langsung menambah penderitaan rakyat India yang sedang berdepan situasi getir pandemik Covid-19.

Iklan

Direkodkan, India telah mengeluarkan vaksin sendiri,Covaxin yang dikatakan berkesan hingga 78 peratus khususnya jangkitan melibatkan simptomatik.

Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Jun lalu mengumumkan bahawa vaksin itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat.

Sumber: CNN, Reuters