Tanggang moden tergamak ‘buang’ bapa positif Covid-19 di kuil

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

KASIH ibu membawa ke syurga sementelah kasih ayah itu sepanjang masa.

Begitulah jasa ibu bapa yang sentiasa berkorban apa saja dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Justeru, sebagai balasan menjadi tanggungjawab anak-anak pula menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur.

Namun begitu tidak bagi pasangan suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand.

Baca juga Jangan Lakukan 3 Dosa Ini, ALLAH Bayar ‘Cash’ Di Dunia Lagi…

Mereka tergamak 'membuang' bapa berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana warga emas itu disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan Bangkok Post, kisah pilu itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi laman sosial Facebook.

Dalam hantaran itu dimuatnaik sekeping foto yang memaparkan warga emas terbabit terbaring di atas jalan berhampiran sebuah kuil Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng daerah Bua Lai.

Petugas kesihatan itu kecewa dan kesal dengan tindakan anak perempuan dan menantu warga emas berkenaan.

Menurut Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai anak perempuan dan menantu kepada lelaki tersebut meninggalkan bapa mereka di kuil pada Ahad lalu.

Ketika kejadian warga emas itu ‘dibuang’ bersama beg berisi pakaian sebelum pasangan suami isteri terbabit beredar menaiki sebuah kereta.

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham pula memaklumkan warga emas berkenaan dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Thaebtham meluahkan kekecewaan dan menyatakan perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan risiko jangkitan Covid-19 kepada individu lain.

Baca juga Pelik-Pelik Ganjaran Vaksin Untuk Rakyat. Ini Yang Berlaku Di Amerika Syarikat Dan Thailand

Justeru, warga emas itu kemudiannya dibawa ke hospital di wilayah Khon Kaen untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat warga emas berkenaan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Direkodkan, Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian pada Selasa.

Jumlah jangkitan keseluruhan di negara Gajah Putih adalah sebanyak 526,828 dengan 4,264 kematian.

Sumber: Bangkok Post, Bernama

Foto: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang