Tegas dan lincah di padang, kenali 6 pengadil, pembantu pengadil wanita Piala Dunia Qatar 2022
KEJOHANAN bola sepak berprestij, Piala Dunia Qatar 2022 baharu sahaja berlangsung. Pembukaan unik dan istimewa, acara yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak seluruh dunia itu julung-julung kalinya menggunakan khidmat pengadil wanita profesional.
Tiga pengadil wanita mencipta sejarah, Yamashita Yoshimi, Salima Mukansanga dan Stephanie Frappart adalah antara 36 orang pengadil yang dipilih untuk kejohanan itu.
Bukan calang-calang pencapaian wanita-wanita ini kerana terpilih untuk merasmikan Piala Dunia lelaki FIFA buat kali pertama dalam sejarah.
Berikut ialah perkara popular yang perlu anda ketahui tentang Yamashita Yoshimi, Salima Mukansanga dan Stephanie Frappart.
Yamashita Yoshimi
Pengadil wanita dari Jepun, Yamashita Yomishi akan muncul pada dua perlawanan Piala Dunia kali ini. Yamashita, 36, pertama kali mengadili acara bertaraf dunia pada kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis.
Selain itu, beliau juga juga mengambil alih tanggungjawab mengadili perlawanan Amerika Syarikat dan Sweden pada Sukan Olimpik 2020.
Menjadi pengadil di Qatar 2022 bukan satu-satunya sejarah yang ditempa wanita kelahiran Tokyo itu.
Yamashita terdahulu menjadi pengadil wanita pertama di acara bolasepak Liga Juara-Juara AFC, Asian Football Confederation (AFC).
“Saya difahamkan tidak ada pengadil wanita di Timur Tengah, jadi saya berhaap perubahan dibawakan pada Piala Dunia Qatar ini sebagai pemangkin.
"Pengadil wanita diberi peluang buat pertama di dalam acara yang dipelopori lelaki adalah petanda bahawa potensi wanita sentiasa berkembang dan kuat,” katanya.
Di sebalik kejayaan ditempa, ada tekanan yang datang bersama. Yamashita mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.
Pengadil wanita profesional pertama Jepun itu membuat latihan kecergasan agar dapat mengekalkan prestasi terbaik dan mampu bergerak pantas semasa perlawanan.
"Saya sedar kepentingan tentang berlari laju dan perlu membuat keputusan yang cepat. Justeru saya meneruskan meneruskan latihan otot i untuk menyesuaikan diri dengan keperluan perlawanan," katanya.
Beliau juga melatih ketajaman fikiran dengan menonton video perlawanan sebelumnya.
Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik
Salima Mukansanga
Salima Mukansanga, pengadil wanita dari Rwanda itu telah bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2012.
Awalnya wanita berusia 32 tahun itu bercita-cita untuk menjadi pemain bola keranjang profesional.
"Saya suka bola keranjang dan mahu menjadi pemain profesional. Tetapi saya sukar untuk mendapatkan akses kepada infrastruktur bola keranjang. Tidak sangka profesion saya adalah pengadilan dan tidak pernah menyesal memulakannya."
Pernah mengadili perlawanan di kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Mukansanga sebelum ini pernah mengendalikan pelawanan di Piala Negara Afrika awal tahun ini.
"Menjalankan tugas Piala Dunia adalah impian setiap pengadil," jelas Mukansanga.
Stephanie Frappart
Berasal dari Perancis, Stephanie Frappart boleh dikatakan nama pengadil wanita yang paling dikenali pada kejohanan Piala Dunia 2022.
Dibesarkan di Herblay-sur-Seine, pengadil berusia 38 tahun itu mula menjadi pengadil perlawanan bola sepak sejak berusia 13 tahun.
Pada umur 18 tahun, Frappart sudah menjadi pengadil perlawanan kebangsaan bola sepak Perancis bawah 19 tahun.
Pada 2014, Frappart menjadi wanita pertama yang menjadi pengadil dalam Ligue 2 iaitu divisyen kedua bola sepak lelaki profesional di Perancis. Kemudian beliau mula mengorak langkah berkhidmat sebagai pengadil Piala Dunia Wanita FIFA 2015 di Kanada dan Perancis 2019.
Pada tahun 2020 beliau mencatat sejarah menjadi wanita pertama yang mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League).
Setahun kemudian, Frappart muncul mengadili Liga Negara-Negara UEFA Wanita. Profesionalisme wanita ini ketika di padang mengagumkan sehingga dianugerahkan Pengadil Wanita Terbaik Dunia IFFHS selama tiga tahun sejak 2019.
Baca juga: Daripada pemain bola jaring kebangsaan dan pengacara sukan, Fariha kini teruja bergelar penyanyi
Tiga pembantu pengadil wanita
Selain itu, seramai tiga orang pembantu pengadil wanita turut terpilih bagi acara berprestij ini.
Neuza Back dari Brazil, Karen Diaz Medina dari Mexico dan Kathryn Nesbitt dari Amerika Syarikat bakal muncul di Qatar 2022.
Medina menyifatkan kerjayanya sebagai pengadil adalah secara kebetulan, malah langsung tidak menyangka akan jatuh cinta kepada profesion itu.
Nesbitt pula adalah penolong profesor kimia mula melakukan tugas sebagai pengadil sebagai kerja sambilan pada musim panas telah muncul sebagai pengadil profesional di Piala Dunia Wanita 2019.
Pada tahun 2020, Nesbitt dipilih sebagai Penolong Pengadil Terbaik MLS dan menjadi wanita pertama yang meraih gelaran itu.
Manakala Back yang berusia 37 tahun tidak mengetahui terpilih ke Qatar 2022 sehingga membaca berita mengenainya di akhbar.
"Ini adalah penghormatan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan," kata Back kepada media.
Piala Dunia Qatar Perlawanan yang akan berakhir 18 Disember ini menyaksikan hampir tiga juta tiket perlawanan berjaya dijual.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan temasya itu membantu melonjakkan pendapatan mereka sejak empat tahun lalu kepada AS$7.5 bilion (RM34.3 bilion).
Baca juga:'Powernya!'- Hamil 28 minggu, wanita ungguli sukan lasak berhalangan raih perhatian warganet
Sumber: Olympics.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang