Tempat paling dilarang keras untuk dilawati, boleh kena denda lebih RM75,000 atau dihukum mati jika berani ceroboh
DALAM banyak-banyak tempat di dunia ini, percaya tak jika ada destinasi yang dilarang keras untuk dikunjungi?
Malah, kalau mereka masih berdegil, lebih-lebih lagi punya niat mahu menceroboh masuk lokasi berkenaan sekadar untuk mengambil foto, denda yang dikenakan bukan 'kaleng-kaleng'.
Bayaran penalti sebanyak RM118 untuk kesalahan memasuki kawasan tanpa izin atau lebih teruk, hukuman semaksimum mungkin boleh dijatuhkan hingga mencecah RM75,832.
Kalau nasib tak baik, boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun atau lebih malang lagi, kena tembak atau dipanah dari belakang. Aduh menakutkan! ?
Lapor streetinsider.com, sebanyak 218 kawasan yang dikenal pasti di seluruh negara yang ditutup sepenuhnya kepada orang ramai untuk tujuan pelancongan.
Tidak pasti sama ada senarai tersebut terhad untuk kelompok tertentu, kuasa politik, status bahaya atau berkaitan dengan makhluk asing dan sebagainya.
Dalam list tersebut, SinarPlus senaraikan tujuh tapak yang mungkin belum pernah kalian dengar atau kenali disebabkan maklumat yang sangat sulit.
Berikut info ringkas didedahkan portal antarabangsa tersebut untuk perkongsian bersama:
1. Gua Chauvet dan Gua Lascaux
Lokasi: Perancis
Kos denda: Maksimum boleh mencecah RM75,832
- Antara dua gua primitif yang sangat dijaga rapi oleh kerajaan Perancis kerana memiliki lukisan figuratif yang paling terpelihara di dunia.
- Banyak khazanah zaman Paleolitik yang masih tersergam di dalam gua tersebut.
- Disebabkan faktor itu, gua-gua tersebut dilarang untuk menjadi tontonan ramai. Kalau tertangkap ketika menceroboh, boleh pokai sekelip mata.
2. Rumah Api Tillamook Rock
Lokasi: Oregon, Amerika Syarikat
Kos denda: Bermula RM4,739.50
- Antara rumah api yang tidak aktif yang sebelum ini dibina di atas batu sejak tahun 1880.
- Disebabkan lokasi yang bahaya dan ‘keras’ dengan jolokan ‘Terrible Tilly’, tiada sesiapa dibenarkan untuk melawat kawasan tersebut. ?
- Kisah Rumah Api Tillamook Rock turut tersenarai dalam legenda asli Amerika Syarikat yang menakutkan.
Baca juga 7 negara amalkan peraturan pelik, poin nombor 3 memang tak masuk akal
3. Pulau Niihau
Lokasi: Hawai
Kos denda: Boleh mencecah RM4,739.50
- Sebuah pulau yang dikatakan tidak boleh dimasuki sesuka hati kerana mempunyai komuniti unik dengan bahasa tersendiri.
- Kepulauan tersebut merupakan harta persendirian yang dimiliki pasangan Bruce dan Keith Robinson untuk tujuan pemeliharaan.
4. Korean Demilitarized Zone (DMZ)
Lokasi: Semenanjung Korea
Kos denda: RM734.62 (Jika pihak Korea Selatan yang tangkap)
- Antara sempadan paling bahaya di dunia yang membuatkan ramai kecut perut untuk menjejaki kaki ke sana. ??
- DMZ tersebut ialah zon perang yang aktif kerana penuh dengan periuk api kerana menjadi pemisah sempadan antara Korea Selatan dan Utara.
5. Pulau Surtsey
Lokasi: Iceland
Kos denda: Tidak didedahkan
- Antara pulau terlarang di Iceland yang terbentuk akibat letusan gunung berapi yang masih aktif di dasar laut.
- Pulau yang memiliki status UNESCO tersebut tidak membenarkan pelawat untuk berkunjung ke sana kerana dikatakan memiliki lombong ‘emas’ buat penyelidik untuk menjalankan kajian tanpa gangguan manusia.
6. Pulau Sentinel Utara
Lokasi: India
Kos denda: Ditembak dengan anak panah
- Antara pulau yang didiami penduduk asli yang dikenali dengan nama Sentinelese yang sangat terasing dengan hubungan luar.
- Jika berlaku pencerobohan, masyarakat di sana tidak akan teragak-agak untuk menembak dengan anak panah. ?
- Ini kerana mereka percaya pelawat boleh membawa penyakit yang membawa mati.
Baca juga Pelik-pelik ganjaran vaksin untuk rakyat. Ini yang berlaku di Amerika Syarikat dan Thailand
7. Ilha da Queimada Grande
Lokasi: Brazil
Kos denda: Dihukum mati
- Antara pulau paling bahaya di dunia yang terletak di Lautan Atlantik di luar pantai Brazil yang terkenal dengan panggilan Pulau Ular.
- Ini kerana dikatakan terdapat 15,000 spesies ular menjadikan pulau seluas 42.4 hektar itu sebagai habitat.
- Jadi mereka yang berani masuk tanpa kebenaran, nyawa boleh menjadi pertaruhan. Jika terselamat, penceroboh boleh dikenakan hukuman penjara.
Jadi, tak payahlah pergi ya, banyak lagi lokasi menarik kat dunia ni. ✌️
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang