Tergamaknya, ibu jual anak 7 tahun RM20,000 untuk bayar hutang

A
A
A

ANAK adalah anugerah dan amanah buat ibu bapa. Namun seorang ibu di Rusia bertindak menjual anaknya demi melangsaikan hutang yang ditanggung.

Lapor The Metro UK, wanita bernama Nargiza ditahan di bawah undang-undang pemerdagangan kanak-kanak Rusia.

Mujurlah kanak-kanak itu tidak jatuh ke tangan insan yang berniat jahat. Nargiza diperangkap oleh sukarelawan daripada sebuah badan amal anti-perhambaan, Alternativa yang menyamar sebagai pembeli.

Baca juga: 9 fakta kes ibu didakwa cuai abai 3 anak selama 4 bulan, netizen luah sedih, tak puas hati

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Mengiklankan penjualan anaknya dengan harga £4,000 (RM21,599.48), ibu berkenaan didakwa bertemu "pembeli" di medan selera sebuah pusat beli-belah di Yekaterinburg, timur Pergunungan Ural, Rusia.

Dia membawa kanak-kanak lelaki itu bersamanya. Ketika ditanya, kanak-kanak berkenaan itu berkata ‘tidak kisah’ untuk tinggal kepada keluarga baharu.

Operasi berkenan berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu. Pemerdagangan manusia menjadi kebimbangan di Rusia. Kanak-kanak yang diperdagangkan sebagai hamba seksual yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Baca juga:Ibu pening anak tabur tepung 9kg hingga penuh satu rumah buat warganet terhibur

Kredit foto: BBC

Menurut sukarelawan berkenaan, Nargiza menerima wang itu dan menyerahkan kanak-kanak itu.

Ibu berkenaan itu ditahan manakala anaknya diberikan rawatan perubatan.

Nargiza menjelaskan bahawa suaminya tidak menyukai anak sulung mereka dan memutuskan untuk menjual anak itu untuk membayar hutang.

Selain kanak-kanak itu, Nargiza memiliki dua anak lain. Keluarganya tinggal di sebuah apartmen dua bilik dan sedang membina rumah sendiri dengan pendapatan £1,650 (RM8,909.78) sebulan.

Wanita bergelar ibu sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi sanggup menjualnya kepada orang lain demi wang.

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa lain.

Baca juga:Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

Baca juga: Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

Sumber: The Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang