NALURI seorang ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya ini telah didakwa mengabaikan anak kandungnya sendiri selama empat bulan.

Wanita berkenaan yang bertugas sebagai pembantu am didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan kecuaian meninggalkan tiga anak kandungnya pada tiga tahun lalu.

Berikut lapan fakta berkaitan kes berkenaan;

1-Ibu kepada tiga anak yang berusia 11, lapan dan enam tahun, Masanizah Roslan, 40, mengaku tidak bersalah.

2-Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan cuainya telah meninggalkan tiga anaknya itu tanpa jagaan.

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

3-Kesalahan itu mungkin menyebabkan anaknya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

4-Perbuatan itu dilakukan dalam sebuah rumah di Taman Gadong Perdana, Melaka antara 23 Mei hingga 25 September tahun lalu.

5-Ibu berkenaan didakwa di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

6-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari yang menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

7-Tertuduh sedang hamil tiga bulan dan tidak diwakili peguam merayu telah jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan berpendapatan kecil selain masih membayar wang jagaan ketiga-tiga anaknya.

8-Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 12 September depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

9-Difahamkan kanak-kanak itu kini di bawah jagaan ibu saudara bekas suaminya.

Perihal berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga maya.

-“Kalau si ibu ada pilihan, takkan dia buat sebegitu. Mana ada seorang mak sanggup tinggalkan anak-anak sendirian.”

-“Kasihan kan? Kadang-kadang bukan sesuka hati ibu nak tinggalkan anak sebegitu. “

-“Tiada seorang ibu yang sanggup biarkan anak tanpa jagaan. Kalau tinggal pasti hati sentiasa risau.”

Baca juga: “Awak sudah jaga dia, bab duit biar saya usaha.” Tindakan lelaki beri nafkah tinggi untuk anak dipuji ramai

Iklan

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat.

Seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:

-Anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.

-Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri.

Iklan

-Bapa itu mampu memberi nafkah.

-Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu.

-Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.

Sumber: Facebook Sinar Harian, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.