Tragis! Tragedi Jambatan Baltimore ragut nyawa, ini kronologi runtuh dilanggar kapal kargo Singapura

A
A
A

TRAGEDI kapal kargo telah melanggar Jambatan Francis Scoot Key yang terletak di Baltimore dekat Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian dunia.

Tiada siapa menyangka jambatan yang mempunyai kerangka keluli berusia 47 tahun itu akhirnya rebah sejak dibuka kepada lalu lintas pada 23 Mac 1977.

Kapal kargo besar Singapura yang dinamakan sebagai Dali dilaporkan merempuh tiang sokongan jambatan berkenaan, di tengah-tengah Sungai Patapsco yang merentangi Baltimore, kira-kira 1.30 pagi Selasa lalu.

Klip video memaparkan jambatan berkenaan runtuh tular di laman sosial. Dali yang kehilangan kuasa mengeluarkan asap hitam tebal dan kemudian melanggar satu daripada tiang jambatan itu mengakibatkan ia runtuh dalam beberapa saat.

Tragis! Sehingga kini, dua kru pembinaan disahkan maut manakala empat lagi yang terdiri daripada pekerja pembinaan dikhuatiri meninggal dunia.

Baca juga: Kronologi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, objek ditemui sahkan ia karam

Baca juga: Kebetulan memilukan, isteri CEO syarikat kapal selam OceanGate yang maut rupanya cicit korban Titanic

Kredit foto: CBS News (CBS Baltimore)

Berikut adalah kronologinya:

12.39 pagi: Kapal sepanjang 984 kaki itu berlepas dari Terminal Marin Seagirt di Maryland.

1.07 pagi: Kapal berkenaan dilaporkan memasuki Saluran Fort McHenry.

1.24.59 pagi: Banyak penggera berbunyi dan direkodkan pada audio bilik kawalan kapal. Pada masa yang sama, alat perakam data pelayaran (VDR) berhenti merakam data sistem kapal tetapi meneruskan rakaman audio menggunakan sumber kuasa altenatif.

1.26.02 pagi: Alat perakam berkenaan merekod semula data sistem kapal selepas gangguan. Audio arahan dan perintah pemanduan mengenai kemudinya juga dirakam.

01.26.39 pagi: Malim kapal membuat panggilan radio frekuensi tinggi kepada bot tunda di sekitarnya dan menghubungi pihak berkuasa pengangkutan Maryland mengenai kejadian itu.

1.27.04 pagi: Malim kapal mengarahkan agar sauh kapal dijatuhkan dan mengeluarkan arahan tambahan berkaitan stereng.

1.27.25 pagi: Malim membuat panggilan melalui radio, melaporkan bahawa kapal itu telah kehilangan kuasa dan sedang menghampiri jambatan. Ketika itu, pegawai bertugas menghantar isyarat radio kepada dua unitnya pada setiap sisi jambatan dan mengarahkan mereka menutup lalu lintas. Semua lorong kemudian ditutup.

Sekitar 01.29 pagi: Kelajuan kapal direkodkan 8 batu sejam. Rakaman audio berbunyi konsisten dengan perlanggaran dengan jambatan. Selain itu, kamera papan pemuka Maryland Transportation Authority (MDTA) menunjukkan lampu jambatan padam.

01.29.39 pagi: Malim kapal menghubungi Pengawal Pantai AS melaporkan jambatan itu runtuh. Impak hentaman menyebabkan sebahagian besar struktur jambatan itu musnah.

Baca juga: Misteri kapal karam bersama 32 kru lebih 120 tahun terungkai, ini rupanya kisah di sebalik penemuan ‘holy grail’

Baca juga: Tragedi kapal selam Titan: Anak bilionair mulanya enggan ikut, akur sertai ekspedisi gembirakan hati bapa

DUA DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

Setakat artikel ini ditulis, penyelamat menemui dua jasad mangsa dari sebuah trak pikap merah yang tenggelam susulan tragedi.

Mangsa ditemukan dikenali sebagai Alejandro Hernandez Fuentes, 35, dari Baltimore dan Dorlian Ronial Castillo Cabrera, 26, dari Dundalk, Maryland dipercayai sedang berehat dan duduk di dalam trak mereka semasa kejadian.

Menurut pihak berkuasa, terdapat lapan orang berada di atas jambatan itu ketika perlanggaran berlaku yang mana dua berjaya diselamatkan manakala dua empat lagi dikhuatiri maut.

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

DALAM PERJALANAN KE SRI LANKA

Dali yang memiliki panjang 300 meter berdaftar di Singapura sedang dalam perjalanan menuju ke Colombo, Sri Lanka dan dijangka tiba di sana pada 22 April ini.

Ia adalah kapal binaan Hyundai yang disewa oleh syarikat perkapalan Denmark, Maersk. Dilaporkan, 22 anak kapal dan dua malimnya selamat.

Synergy Marine, syarikat Singapura yang mengendalikan Dali, berkata ia dikawal oleh dua malim pelabuhan Baltimore pada masa perlanggaran.

Menurut Setiausaha Pengangkutan Maryland, Paul Wiedefeld, malim tempatan dan bukan anak kapal yang mengendalikan kapal kargo ketika kemalangan berlaku. Malim berkenaan dilatih untuk mengelak kemalangan.

Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scott, menyifatkan tragedi berkenaan kelihatan sama seperti adegan filem aksi dan meminta usaha menyelamat diberi perhatian.

Suhu air yang sejuk iaitu kira-kira sembilan darjah Celsius, menjadikan operasi menyelamat mencabar. Ia ditambah dengan reruntuhan konkrit dan puing menyukarkan tugas penyelamat.

Kredit: Harford County Md Fire & EMS PIO Media Page

6 INFO JAMBATAN FRANCIS SCOOT KEY

1-Jambatan itu dibina tahun 1972 mempunyai empat lorong sepanjang 2.6 kilometer (km).

2-Binaan berkenaan adalah sebahagian besar rangkaian jalan raya di sekitar Baltimore yang merupakan sebuah bandar perindustrian.

3-Ia menampung 12 juta kenderaan komersial dan penumpang pada tahun lalu.

4-Francis Scott Key juga merupakan laluan utama dari Pelabuhan Baltimore yang merangkumi mesin perladangan dan pembinaan, gula, gipsum dan arang batu.

5-Ia juga termasuk import dan eksport untuk firma pembuat kereta utama termasuk Nissan, Toyota, General Motors, Volvo, Jaguar serta Land Rover.

6-Pakar kapal kontena, Lars Jensen menyifatkan kemalangan itu dijangka menimbulkan masalah besar di Pantai Timur AS kerana mengganggu import dan eksport negara itu.

Sumber: The Independent UK, ABC News, CNN, CBS News,Channel News Asia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang