BERTUAH badan si kecil ini, beliau dikira sebagai penduduk kelapan bilion di dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bayi perempuan yang comel, Vinice Mabansag dilahirkan di ibu negara Filipina, Manila, pada 1.29 pagi 14 November lalu

Vinice dipilih sebagai simbolik menandakan anggaran PBB bahawa populasi global kini telah mencapai 8,000,000,000 orang.

Pegawai dari Suruhanjaya Penduduk Filipina berada di Hospital Memorial Dr Jose Fabella, Manila bagi mengalu-alukan kelahiran Vinice ke dunia.

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Ketua kakitangan perubatan hospital, Dr Romeo Bituin menzahirkan keterujaan kelahiran manusia kelapan bilion dunia.

“Kami baru sahaja menyaksikan bayi kelapan bilion dunia di Filipina.’

Beliau berkata ibu bayi berkenaan mula mengalami sakit kontraksi bersalin pada pukul 11.00 malam dan melahirkan si kecil bertuah itu dua jam kemudian. Ia adalah kelahiran spontan yang biasa.

PBB berkata dalam satu kenyataannya mendedahkan pertumbuhan keseluruhan populasi global semakin perlahan.

“Pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh peningkatan jangka hayat manusia berikutan kemajuan kesihatan awam, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

“Ia juga hasil daripada tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa buah negara,” katanya dilaporkan Metro UK.

Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

Iklan
Kredit foto: Pexels

PBB turut memaklumkan populasi dunia boleh mencapai sembilan bilion menjelang 2037 iaitu dalam 15 tahun.

Menurut Statista.com, negara paling subur di dunia pada tahun 2021 ialah Nigeria yang mana purata wanita di negara itu mempunyai 6.91 orang anak.

Baca juga: ‘Anak bukan beban, punca kita tak terurus.” Ibu ini dedah rahsia tetap tampil bergaya walau punya anak ramai!

Iklan

Sumber: Metro UK, Statista.com

Kredit foto: Facebook Commission on Population and Development NCR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi