ULAMA dan ilmuan tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini pada usia 96 tahun.

Menurut satu ciapan menerusi Twitter Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS), pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di serata dunia.

Baca juga: Kenali Imam al-Ghazali, ulama ulung yang memberi inspirasi

Berikut 10 fakta mengenai ulama hebat ini:

1-Nama sebenar Al-Qaradawi ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. ilmuan hebat ini dilahirkan di Mesir pada tahun 9 September 1926.

2-Beliau telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan beliau sehingga akhirnya di Qatar.

3-Ketika berusia kurang dari 10 tahun, beliau telah menghafaz keseluruhan Al-Quran termasuk kitab al-Tuhfat serta menguasai ilmu tajwid.

4-Pada tahun 1952 hingga 1953, beliau telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan ketika menyambung pengajian di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar.

5- Beliau kemudiannya menyambung lagi pengajian dengan mengambil pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab dan memperoleh Ijazah Sarjana dan Diploma Pendidikan dengan kelas pertama. Beliau juga memperolehi Diploma Bahasa Arab dan Sastera daripada Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi.

Baca juga: Kenali Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, ulama yang mendapat jolokan sufi agung

6-Pada tahun 1960, beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Tinggi di Fakulti Usuluddin di dalam bidang tafsir dan hadis.

7-Al-Qardhawi pernah menangguhkan pengajian PhD selama 13 tahun dan akhirnya pada tahun 1973 (pada usia 47 tahun) beliau berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan kepujian melalui tesisnya mengenai Fiqh al Zakat yang bertajuk Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima’iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Iklan

8- Al Qaradawi menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang penglibatannya dalam bidang keilmuan Islam.

9-Antaranya Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa. Beliau turut menerima pelbagai penghargaan dari serata dunia termasuk Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431 (2009) di Malaysia.

10-Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia. Hingga kini, lebih daripada 150 buah buku telah dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, al-Quran dan sunnah, akidah Islam, dakwah pendidikan dan lain-lain lagi.

Baca juga: Seiring usia, Ustazah Asma’ dedah 39 kisah tentang diri raih ribuan doa

Iklan

Sumber: Berita RTM, Ustazah Asma’ Harun

Kredit foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan