Umur 107 tahun dan masih sihat. Wanita Britain ini kongsi rahsia panjang umur

MEMILIKI usia yang lanjut adalah satu anugerah. Ditambah pula jika dikurniakan kesihatan baik. Ia ibarat satu bonus.

Lapor Daily Mail, salah seorang wanita tertua di Britain menyambut hari jadinya ke-107 tahun baru-baru ini.

Edna Walmsley yang dilahirkan pada 9 Oktober 1916 dipercayai merupakan wanita tertua di Lancashire.

Beliau dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama di Eropah dan telah menyaksikan dua Perang Dunia.

Bukan itu sahaja, wanita yang merupakan seorang tukang masak tersebut juga melalui dua kali wabak pendemik dunia.

Edna mengharungi gelombang Selesema Sepanyol pada 1918 hingga 1919 dan Covid-19 baru-baru ini.

Baca juga:

Mengikut turutan masa juga, Edna pernah melalui pemerintahan Raja George V pada tahun 1910 hingga 1936, Raja Edward VIII (1936), Raja George VI (1936 hingga 1962), Ratu Elizabeth II (1952 hingga 2022) dan terkini Raja Charles III.

MAKAN MAKANAN ENAK

Apakah tip beliau memiliki kehidupan yang panjang dan bahagia?

Baca juga: Berapa banyak wang diperlukan untuk ‘membeli’ kebahagiaan? Penyelidik dedah harga kebahagiaan di setiap negara di dunia

Ketika meraikan hari jadinya yang disifatkan sebagai waktu yang menggembirakan, Edna membuka mulut bercerita hal tersebut.

“Saya sudah lama hidup, bukan? Rahsia saya adalah sentiasa makan makanan yang enak dan mempunyai selera makan yang baik.

“Ibu selalu memberi saya hidangan yang sedap. Saya tidak pernah lapar,” katanya.

Edna dan mendiang suaminya, Clifford mempunyai tiga orang anak, tiga cucu dan empat cicit.

Beliau suka membaca, mendeklamasi puisi dan bermain silang kata.

Iklan

Pada usia 90-an, wanita tersebut meminati yoga dan gemar mengembara.

Beliau telah melawat Vienna dan Dusseldorf serta pernah memulakan perjalanan solo ke India.

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

Baca juga: Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Iklan

Untuk rekod, wanita tertua Britain ialah Charlotte Hughes yang meninggal dunia pada tahun 1994 ketika berusia 115 tahun dan 288 hari.

Sementara itu, Ethel Caterham dari Ash Vale di Surrey pula merupakan orang tertua yang masih hidup di Britain dan meraikan ulang tahunnya yang ke-114 pada Ogos lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!