10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

A
A
A

10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

MASALAH kesihatan sering menjadi kebimbangan ramai orang.

Kebanyakannya berpunca daripada virus, bakteria dan ada juga yang disebabkan autoimun tubuh.

Terkini, media antarabangsa melaporkan kewujudan wabak yang dikenali sebagai Penyakit X dan dipercayai lebih bahaya daripada virus Covid-19.

Walaupun rebakannya belum berlaku dan tiada sesiapa pun dalam kalangan penduduk dunia yang dijangkiti, ia sudah mendatangkan kegusaran awam.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Selain itu, penyakit kronik seperti jantung, strok dan jangkitan paru-paru pula sering dikaitkan sebagai penyumbang utama kematian di seluruh dunia.

Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), punca utama kematian di dunia disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, pernafasan dan neonatal (penyakit sejak dilahirkan).

Kata WHO, faktor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1. Penyakit berjangkit

2. Penyakit tidak berjangkit (penyakit kronik)

3. Kecederaan

 

PALING BERBAHAYA

Pun begitu, penyakit apakah yang paling bahaya di dunia?

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, telah merujuk Healthline.

Laman perubatan tersebut menyenaraikan 10 penyakit paling digeruni dan telah meragut banyak nyawa. Antaranya:

1. Penyakit jantung koronari (CAD)

CAD berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah ke jantung menjadi sempit.

CAD yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit dada dan kegagalan jantung.

SUMBERTowfiqu barbhuiya daripada PEXELS.

2. Strok

Strok berlaku apabila arteri pada otak tersumbat atau bocor.

Situasi tersebut menyebabkan sel-sel otak mengalami kekurangan oksigen dan mula mati dalam beberapa minit.

Ketika serangan strok berlaku, pesakit akan berasa kebas dan keliru secara tiba-tiba.

Mereka juga akan menghadapi masalah untuk berjalan dan melihat.

Jika tidak dirawat, strok boleh menyebabkan kecacatan jangka panjang.

3. Jangkitan pernafasan

Jangkitan pada saluran pernafasan dan paru-paru boleh disebabkan oleh influenza atau selesema, pneumonia, bronkitis dan batuk kering.

Walaupun keadaan itu sering disebabkan oleh virus namun ia (jangkitan) juga boleh berpunca daripada bakteria.

Batuk merupakan gejala utamanya dan pesakit juga mungkin mengalami demam, berpeluh, menggigil atau mengalami sesak nafas.

Baca juga: Penyakit X: 30 kali lagi ganas daripada Covid-19. Negara kotor jadi punca wabak atau ada faktor lain. Ini kupasannya

SUMBER Thirdman daripada PEXELS.

4. Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)

Penyakit paru-paru progresif itu boleh menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas.

Bronkitis kronik adalah salah satu daripada COPD.

Sehingga kini, tiada ubat untuk penyakit tersebut namun gejalanya boleh diperlahankan menggunakan ubat tertentu.

5. Kanser trakea, brokus dan paru-paru

Merokok merupakan punca utama kepada barah pada saluran pernafasan manusia.

Ia juga boleh berlaku disebabkan pencemaran.

6. Diabetes mellitus

Diabetes adalah penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran atau penggunaan insulin tubuh.

Penyakit kencing manis yang tidak terkawal akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan saluran darah.

Ia boleh mengakibatkan komplikasi penyembuhan luka, kegagalan buah pinggang dan seseorang boleh jadi buta.

Baca juga: Boleh ragut jutaan nyawa berbanding Covid-19, 6 info ‘ngeri’ penyakit X

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

7. Alzheimer dan demensia

Penyakit Alzheimer mempengaruhi ingatan dan fungsi kognitif normal seseorang.

Lazimnya situasi yang tidak diketahui puncanya itu bermula dengan masalah ingatan ringan dan kesukaran untuk mengingat maklumat sebelum berkembang menjadi semakin teruk.

8. Dehidrasi akibat cirit-birit

Cirit-birit yang berlarutan lebih daripada beberapa hari boleh menyebabkan seseorang mengalami kehilangan terlalu banyak air dan garam.

Situasi itu biasanya berpunca daripada virus dan bakteria daripada air atau makanan yang tercemar.

Untuk keadaan yang teruk, dehidrasi boleh membawa maut.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

9. Tuberculosis

Tuberculosis atau tibi berlaku disebabkan oleh bakteria dipanggil Mycobacterium tuberculosis.

Penyakit paru-paru tersebut adalah salah satu penyebab utama kematian kepada mereka yang menghidap HIV.

Pesakit HIV mempunyai risiko 18 kali ganda untuk menghidap batuk kering.

Baca juga: SLE: Penyakit 1,000 wajah menghantui ramai wanita. Tak boleh sembuh, tapi boleh kawal simptom

10. Sirosis

Sirosis merupakan kesan jangka panjang untuk masalah kegagalan hati.

Ia boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang, hepatitis dan penyakit hati berlemak.

Melihat kepada senarai penyakit tersebut, langkah pencegahan adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit bahaya.

Baca juga: Penyakit yang dideritai Celine Dion tiada penawar. Hanya bergantung pada ubat saja

SUMBER Mikhail Nilov daripada PEXELS.

SinarPlus cadangkan agar kita semua mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan menjalani gaya hidup yang aktif.

Berhenti merokok juga sangat membantu melindungi seseorang daripada penyakit kronik.

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan agar terlindung daripada virus dan bakteria yang menjadi punca kepada banyak penyakit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca