Unik! 1 dalam 4.5 juta kelahiran, wanita lahir bayi kembar 6 jadi perhatian dunia

A
A
A

TENTUNYA kegembiraan berganda dirasai ibu muda, Zeenat Bibi dan suami, Mohammad Waheed apabila dikurniakan cahaya mata kembar. Bukan dua atau tiga, tetapi enam sekali gus!

Pasangan dari Hazara, Rawalpindi, Pakistan menjadi perhatian dunia selepas melahirkan bayi kembar enam Jumaat lalu.

Penguasa Perubatan Hospital Ibu Pejabat Daerah, Dr Farzana Zafar berkata ibu dan bayi kembar enam itu lahir dengan sihat tanpa sebarang komplikasi.

Ujar doktor, Zeenat tiba di hospital dalam keadaan sakit bersalin pada malam 18 April dan selamat dilahirkan pada keesokan harinya.

Menariknya, keenam-enam si kecil itu berjaya dilahirkan dalam masa satu jam!

"Si kembar dan ibu mereka berada dalam keadaan baik. Doktor bagaimanapun telah memasukkan bayi ke dalam inkubator,” kata Dr Farzana kepada portal tempatan.

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Beliau turut mendedahkan kelahiran kembar jarang berlaku itu adalah menerusi pembedahan. Jelasnya, mengikut urutan bayi pertama dan kedua adalah lelaki manakala bayi perempuan adalah yang ketiga.

Dr Farzana berkata Zeenat mengalami komplikasi selepas melahirkan bayi dan keadaannya kembali normal dalam beberapa hari.

Difahamkan bapa bayi-bayi berkenaan, Mohammad Waheed bekerja dalam bidang perubatan.

Bayi-bayi berkenaan seberat kurang daripada 2 paun (kira-kira 900gram) kini berada di wad neonatal yang lengkap dengan kemudahan keselamatan dan taska.

Pasangan berkenaan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, namun meninggal dunia ketika masih bayi menyebabkan mereka trauma.

Doktor dan kakitangan bersyukur kerana berjaya menyelamatkan nyawa ibu dan membantu kelahiran bayi kembar enam yang unik.

Baca juga: Sepupu persis kembar seiras, kongsi DNA sama, 2 pemuda dedah fenomena unik jarang jumpa

Baca juga: 1 dalam 50 juta, wanita dua rahim lahirkan bayi kembar ajaib setiap seorang diami satu rahim ibu

"Pentadbiran hospital menyatakan kegembiraan atas kelahiran kembar enam itu," ujar doktor.

Dalam perbualan ringkas dengan wartawan, ahli keluarga bayi kerkenaan berkata, mereka gembira dikurniakan anak lelaki dan perempuan sekali gus.

Kehamilan kembar enam adalah sangat jarang dan hanya berlaku satu dalam setiap 4.5 juta kehamilan.

Kelahiran hidup sebegini mewakili pencapaian yang luar biasa dalam bidang obstetrik. Kehamilan kembar terjadi disebabkan pelbagai faktor, termasuk persenyawaan telur berasingan oleh sperma berbeza (kembar tidak seiras) atau pembelahan telur yang disenyawakan sebelum implantasi (kembar seiras).

Dengan teknologi perubatan hari ini, ubat perangsang ovulasi dan dan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) menyumbang kepada kehamilan kembar.

Sumber: Sumber: Dawn, News Nine, The Express Tribune, Emirates 247

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang