Unik dan eksotik, Narnia kucing berwajah dua. Bukan chimera, genetiknya kini kekal misteri

Narnia, kucing berusia enam tahun yang sering menjadi perhatian di laman sosial.

Memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram, Narnia yang lahir dengan keadaan genetik jarang berlaku.

Memiliki mata berwarna biru, Narnia mempunyai pakej rupa yang menawan.

Narnia yang dilahirkan pada 28 Mac 2017, di Chatterie de la Grâce, Paris, Perancis itu kini tinggal bersama pemilik, Stephanie Jiminez di Britain.

Baca juga: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Awalnya, ramai yang mempercayai Narnia mempunyai keadaan genetik yang jarang dipanggil chimera.

Ramai yang percayai anomali genetik dengan kehadiran kromosom X tambahan pada peringkat awal ketika di dalam kandungan ibu menjadikan badan si comel ini separuh hitam manakala sebahagian lagi berwarna kelabu.

Chimera terbentuk apabila dua ekor anak kucing bercantum pada awal kandungan ibu mereka. Pada asasnya, chimera adalah kembar mereka tidak seiras.

Bagaimanapun ujian genetik yang dijalankan ke atas kucing spesies British Shorthair itu mendapati ia bukanlah chimera.

Wajah Narnia yang terbahagi kepada dua warna di tengahnya adalah misteri dan istimewa.

“’Seorang pakar genetik melakukan ujian dan mendapati Narnia hanya mempunyai satu DNA dan masih ada misteri untuk sains,” katanya.

Tidak hanya itu, mata berwarna biru Narnia sangat jarang berlaku pada seekor kucing hitam.

Bapa Narnia ialah seekor kucing tabby merah bernama Muscari D’Aerlin menakala ibunya ialah kucing British Shorthair dikenali sebagai Jeen.

Baca juga: Kenal bau tuannya, kucing menangis ‘lepas rindu’ selepas 2 tahun menghilang

“Pada tahun 2015, banyak kucing dinamakan dengan nama bermula dengan huruf ‘N’.

“Saya suka The Chronicles of Narnia oleh C.S. Lewis, jadi saya memutuskan untuk memanggilnya Narnia,” kata Stéphanie.

Menyedari ciri luar biasa Narnia, Stéphanie mahu berkongsi keunikan ‘si bulusnya’ itu kepada dunia.

Justeru, pada Jun 2016, terciptalah halaman Instagram Amazing Narnia.

Sejak itu Stéphanie hampir sepanjang masa melayani pertanyaan warganet sama ada gambar Narnia yang dimuat naik hasil Photoshop atau dilukis.

Iklan

Si comel Narnia turut menyertai pertunjukan profesional di Perancis, Belgium dan Switzerland.

Malah ia juga memenangi Anugerah Blogger Dunia pada tahun 2019.

Baca juga: Viral foto kucing gemuk jatuh dari tingkat 6 tak cedera, cermin kereta pecah rupanya ini cerita sebenar

Memiliki pasangan bernama Bella, Narnia dikurniakan ramai anak. Namun tiada seekor pun dilahirkan mewarisi keunikannya.

Prada dan Phoenix tidak mewarisi keunikan fizikal bapa.

Anaknya yang diberi nama Prada berwarna hitam manakala saudara kembarnya Phoenix berwarna kelabu.

Iklan

Keduanya mengikuti wajah Narnia dan dilihat terbahagi dengan sempurna. Walaupun, keduanya tidak mengikut mata biru Narnia, mata rona coklat yang mereka sangat memikat.

Baca juga: Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

Baca juga: Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik

Sumber: People, Bored Panda, Munchiecat, Hindustan Times, Daily Mail

Foto: AmazingNarnia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi