Viral foto kucing gemuk jatuh dari tingkat 6 tak cedera & cermin kereta pecah rupanya ini cerita sebenar

VIRAL di media sosial sejak semalam, beberapa foto kucing yang sangat comel dan gemuk dikatakan jatuh dari bangunan tinggi.

Ramai warga maya mengatakan masing-masing berasa bingung apabila melihat foto tersebut, sama ada rasa kasihan, kelakar ataupun sedih.

Rupanya kisah di sebalik di sebalik foto tersebut adalah kucing itu terlibat kemalangan jatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Bangkok, Thailand.

Kebetulan pula si comel itu jatuh di tempat parkir kereta yang mana mengakibatkan cermin belakang sebuah kereta pecah.

Menurut laporan berita Thaiger, kucing berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya patah kuku.

Baca juga Kenal bau tuannya, kucing menangis ‘lepas rindu’ selepas 2 tahun menghilang

Kredit foto: FB Apiwat Toyothaka

Pemilik kenderaan, Apiwat Toyothaka tampil berkongsi gambar kucing bernama Shifu itu bersama keadaan cermin keretanya yang pecah di laman Facebook kelmarin.

Ujarnya, pengurus kondominium menghubunginya pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) untuk memaklumkan bahawa seekor kucing jatuh di atas kereta.

“Saya keliru mengenai kejadian itu kerana bagi saya, ia hanya seekor kucing yang jatuh di atas kereta.

“Kemudian, saya diberitahu bahawa kucing itu seberat 8.5 kilogram dan memecahkan tingkap kereta. Barulah saya faham situasi itu,” tulisnya di Facebook.

Ujar Apiwat, dia tidak marah kepada kucing itu atau pemiliknya kerana ia adalah satu kemalangan.

“Shifu kini berada dalam keadaan baik. Ia makan, minum dan membuang air dengan normal. Badannya juga tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan lebam kecuali ia kehilangan dua kukunya,” katanya.

Iklan

Baca juga Hairan kenapa kucing takut dengan timun dan botol terisi cecair merah? Ini penjelasannya

Kredit foto: FB Apiwat Toyothaka

Beberapa gambar yang turut disertakan pada hantaran Apiwat menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada badan Shifu namun, cermin belakang kereta Apiwat mempunyai lubang besar.

Sementara itu, pengurus bangunan tersebut, Orassa berkata, selepas memeriksa sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menyoal beberapa saksi, dia melihat kucing itu jatuh dari tingkat enam ke tingkat tiga, sebelum terhumban ke atas kereta.

Sementara itu, disebabkan kondominium tersebut mempunyai polisi tidak boleh membela haiwan, pemilik kucing itu diarahkan membayar denda berjumlah 1,000 baht (RM132.58) kepada Apiwat.

Iklan

Baca juga Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik

Kesian tengok wajah kucing tu, syukur tak cedera parah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!