WAZE dan Google Maps adalah aplikasi navigasi paling popular dalam kalangan pengguna peranti Android ataupun iOS.

Kedua-dua aplikasi tersebut mempunyai ‘peminat’ tersendiri kerana menawarkan fungsi yang memudahkan pengguna mencari lokasi dituju.

Bagaimanapun, ada ketikanya aplikasi navigasi terbabit juga menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan pengguna tersasar daripada laluan sebenar.

Inilah situasi yang berlaku oleh seorang pemuda di Jepun dikatakan tersesat di hutan gara-gara mengikut arahan Google Maps.

Menerusi laman sosial TikTok @kulojowo1, satu video tular memaparkan seorang pemuda sedang berbasikal bersama rakannya mengikut navigasi ditetapkan aplikasi tersebut.

Menurut laporan Tribunnews, pemuda berasal dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia itu telah bekerja di Jepun selama empat tahun.

Rancang naik bas Rapid lebih mudah dengan aplikasi Google Maps

Pun begitu, baru-baru ini beliau dikatakan tersesat di hutan di kawasan Yokohama.

Cerita pemuda dikenali sebagai Jalu Alif itu, pada mulanya beliau ingin ke pasar raya berhampiran untuk membeli barangan.

Disebabkan jarak antara kediaman dan pasar raya terbabit kira-kira tiga kilometer (km) sahaja, maka Jalu memutuskan untuk berbasikal.

Tambahan pula, Jalu yang bertugas sebagai jururawat di Yokohama itu menyifatkan dengan berbasikal beliau berpeluang bersantai bersama teman.

Secara kebetulan hari pada hari tersebut adalah bulan Ramadan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa. Jadi, aktiviti berbasikal di sana lazimnya dilakukan sebelum waktu iftar sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan).

Diiringi seorang rakan sekerja, Jalu menaiki basikal dengan santai ke pasar raya pilihan. Selesai membeli barang mereka merancang untuk pulang menggunakan laluan lain.

Jalu mengakui pernah melalui jalan lain terbabit cuma terlupa. Lantas beliau menggunakan Google Maps supaya dapat pulang dengan selamat.

Iklan
@kulojowo1Gara2 lihat google maps ##fyp ##hutan ##jepang ##nyasar ##ngeri ##ngabuburit ##sepedaan

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Dek terlalu bergantung pada aplikasi navigasi itu, Jalu dan rakannya melalui jalan kecil. Kemudian, menempuh pula hamparan sawah, menemui tangga sehingga tersesat ke laman rumah orang tidak dikenali.

Lebih membinggungkan Google Maps membawa mereka ke dalam hutan. Namun begitu, mereka tetap tenang tanpa memikirkan apa-apa, malah sempat bergurau dan ketawa.

Lebih kurang 30 minit, Jalu dan sahabatnya masih berada di hutan dan gagal menemui jalan keluar.

Baca juga Fenomena Super Blood Moon pada 26 Mei ini, bulan penuh serentak dengan gerhana bulan

Iklan

Mereka mula panik sekiranya tidak dapat keluar memandangkan hari semakin gelap.

Justeru, solusi terbaik adalah dengan membuat pusingan U menghala ke ke titik permulaan lokasi di pasar raya.

Akhirnya, setelah menempuh perjalanan yang panjang, Jalu dan rakannya menarik nafas lega apabila menemui kawasan kejiranan.

Video berkenaan mencuri perhatian warganet dan kini telah mendapat lebih 11.3 juta tontonan dan 1.5 tanda suka.