Wanita diperkosa tiga lelaki, maut ditik@m dengan pemutar skru gara-gara tuntut hutang. Kronologi menyayat hati bermotifkan dendam!
SEORANG wanita menemui ajal secara tragis apabila dibunuh dengan kejam menggunakan pemutar skru hanya kerana menuntut wang yang dipinjam bekas teman lelaki.
Insiden berdarah itu yang dipercayai berpunca daripada dendam, meragut nyawa mangsa dengan cara yang amat tidak berperikemanusiaan.
Dalam kejadian di Cisauk, Kabupaten Tangerang, Banten, Indonesia, urusan biasa antara kenalan wanita dikenali sebagai APSD, 22, menjadi detik mengerikan apabila diperkosa bergilir-gilir sebelum ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau dan pemutar skru.
Ketua Sub Direktorat Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, AKBP Reonald Simanjuntak, menyatakan ketiga-tiga pelaku dikenali sebagai RRP, 19, IF, 21, dan AP, 17.
Pembunuhan bermula apabila RPP mengajak mangsa ke rumah AP pada Isnin, 7 Julai 2025.

"Penjenayah iaitu RRP membunuh mangsa kerana berdendam selepas wanita itu menuntut hutang Rp 1.1 juta rupiah (kira-kira RM330) daripadanya dengan menyiarkan status pada aplikasi WhatsApp .
"Mangsa turut memuat naik foto teman lelaki baharunya di status WhatsApp tanpa kebenaran RRP sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu" katanya.
Reonald menjelaskan, sebelum bertemu mangsa, RRP dan IF sudah berada di rumah AP. RRP merancang untuk membunuh mangsa menggunakan pemutar skru dan pisau manakala sepasang gari yang telah disediakan.
"Kira-kira jam 11:30 malam, mangsa tiba di rumah AP. Mangsa kemudian meminta RRP membayar hutangnya, namun pelaku enggan membayar," katanya.
Menerima jawapan ini, mangsa berhasrat untuk beredar. Ketika hendak menaiki di atas motosikal, RRP segera memegang leher mangsa dan menutup mulut menyebabkan mangsa rebah ke tanah. AP kemudian menggari tangan mangsa, manakala IF memegang kaki.

“Ketiga-tiga pelaku kemudian membawa mangsa ke tepi anjung untuk menodainya dengan keadaan tangan digari,” jelasnya.
Selepas dirogol, Reonald berkata, RRP mencekik dan mengalihkan mayat mangsa ke sebuah lot kosong 30 meter dari rumah AP. Pada ketika itu, pelaku, IF, menikam mangsa pada leher dan pipi serta memukul dada wanita itu sebanyak tiga kali dengan batu.
Mangsa meninggal dunia selepas diseksa oleh ketiga-tiga pelaku dan mayatnya disembunyikan di bawah semak berhampiran tempat kejadian. Pelaku kemudian meninggalkan tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit dan motosikal mangsa.
Terdahulu, polis mendedahkan menerima laporan kehilangan APSD sebelum mayatnya ditemukan penduduk yang terhidu bau busuk.
“Mayat masih dalam keadaan utuh, namun wajahnya sudah rosak teruk dan menyukarkan pengecaman,” katanya.
Ketiga-tiga suspek kini direman dan disiasat atas kesalahan merogol secara berkumpulan, membunuh dan merompak.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati mengikut undang-undang jenayah Indonesia
LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH ROGOL
* Jika keluar bersendirian, beritahu ibu bapa, ahli keluarga atau rakan tentang rancangan perjalanan anda.
* Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di tempat gelap dan sunyi.
* Elakkan berjalan sendirian terutama pada waktu malam.
* Apabila menggunakan pengangkutan awam, cuba duduk dengan penumpang wanita.
* Berhati-hati dengan orang tidak dikenali dan mencurigakan yang berkeliaran terutamanya di tandas awam dan lif.
* Berhati-hati dan bersiap sedia dengan kunci semasa berjalan menuju ke kereta anda sama ada di tempat letak kereta terbuka atau berbumbung.
•Letak kereta di tempat yang terang dan minta pengawal keselamatan menemani anda ke kereta jika berasa tidak selamat.
•Jangan terima apa-apa minuman atau makanan daripada orang yang tidak dikenali dan elakkan minuman anda tanpa dijaga.
•Jangan sekali-kali bersetuju untuk bertemu sesiapa sahaja yang anda kenali melalui media sosial. Jika perlu, berjumpalah dalam satu kumpulan di tempat yang mempunyai ramai orang.
Sumber: Buku Panduan Bersatu Memerangi Jenayah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Metronews, Tribunsumsel
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

