B*nuh 12 wanita & gadis muda, kisah ngeri 30 tahun masih buat ramai cemas. Mangsa sebenar mungkin lebih ramai
SIAPA sangka, penahanan pasangan suami isteri yang pada awalnya dikaitkan dengan kes rogol anak sendiri akhirnya menyingkap jenayah kejam.
Lagi sadis, bukan setakat zuriat sendiri, malah penyewa rumah dan gadis muda juga menjadi mangsa kerakusan Fred dan Rose West yang bersembunyi di sebalik imej pasangan bahagia.
Lapor The US Sun, ketamakan seksual pasangan durjana itu akhirnya memakan diri apabila anak kelima, Loiuse mendedahkan sisi hitam keluarganya kepada seorang rakan.
Rahsia dirogol ayah sendiri mengejutkan ramai pihak sehinggakan tujuh anak suspek kecuali si sulung ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat.

Bermula daripada situlah, satu demi satu kes jenayah mengerikan terbongkar di rumah bernombor 25, Jalan Cromwell, Gloucestershire, England tersebut.
Hanya dengan satu cerita menyeramkan tentang kakak sulung mereka iaitu Heather yang dibunuh dan ditanam di patio rumah membuatkan pegawai kebajikan tak senang duduk.
Pada mulanya, ia dianggap satu gurauan kanak-kanak. Namun menjelang Februari 1994, Heather langsung tidak dapat dikesan sekali gus satu waran geledah dikeluarkan.

Apa yang mengejutkan, polis mengesahkan bukan saja mayat Heather yang telah dikerat dijumpai, malah lapan lagi rangka manusia turut tertanam kawasan rumah berkenaan.
Penangkapan Fred dan Rose kemudian menjadi kes pembunuhan paling kejam dan tidak berperikemanusiaan sepanjang tahun 1967 hingga 1987.
Dalam tempoh itu, suami isteri tak berhati perut itu merogol, menyeksa dan membunuh 12 wanita dan gadis muda termasuk Shirley Robinson, 18, dan Alison Chambers, 16.
Pada 4 Mac 1994, Fred menyerahkan sekeping nota tulisan tangan kepada Detektif Superintendan Bennett dengan isinya berbunyi:
"Saya Frederick West memberi kuasa kepada peguam saya, Howard Ogden untuk memaklumkan kepada Superintendan Bennett bahawa saya ingin mengaku melakukan kira-kira sembilan pembunuhan lagi termasuk Charmaine, Rena, Lynda Gough dan beberapa yang lain yang akan dikenal pasti."
Cinta terlarang
Hasil siasatan polis, Fred dan Rose Letts mula berkenalan pada tahun 1969 yang mana pada ketika itu, Rose baru saja berumur 15 tahun.

Bagaimanapun, hubungan cinta mereka dibantah keras oleh keluarga kerana Fred pada ketika itu berusia 28 tahun, namun mereka akhirnya berpindah dan tinggal bersama.
Nak dijadikan cerita, Rose hamil anak pertama mereka, Heather dan pada masa sama, menjaga dua anak tiri Fred hasil perkahwinan terdahulu, Charmaine dan Anne Marie.

Rose dikatakan mula mendera kedua-dua anak tiri terutamanya Charmaine secara fizikal dan emosi selepas Fred dipenjarakan atas kesalahan mencuri.
Baru usia lapan tahun, namun Charmaine dibunuh pada tahun 1971 dan mayatnya disembunyikan di ruang bawah tanah sementara menunggu Fred keluar penjara.

Kemudian, ibu kandung Charmaine, Catherine 'Rena' Costello yang datang mencari anaknya turut menjadi mangsa apabila tubuhnya dikerat, dibungkus dalam plastik dan dicampakkan di sebuah ladang terbiar.
Kekejaman brutal itu tak terhenti setakat itu saja apabila tiga daripada lapan anaknya dijadikan mangsa seksual bapa sendiri apabila diikat sebelum dirogol di bilik bawah tanah.

Apabila keinginan membunuh pasangan itu semakin tidak terkawal, Fred dan Rose mula meluaskan buruan dengan menarik masuk penyewa ke dalam rumah neraka mereka.
Mereka juga menggunakan taktik halus untuk memerangkap mangsa iaitu dengan menjemput wanita muda menaiki kereta mereka.
Kisah ibu tabah menjaga Aaira, si kecil yang lahir dengan sindrom osteogenesis imperfecta (OI) type III, pasti buat hati kita luluh. Doakan si comel terus kuat dan membesar depan mata ibunya. " />

Antara yang ditemui tertanam dalam ruang sempit ialah Lucy Partington, Juanita Mott dan Shirley Hubbard manakala mayat Therese Siegenthaler pula disembunyikan di bawah simen konkrit.

Polis turut menemui rangka salah seorang penyewa, Lynda Gough dan mangsa culik, Carol Ann Cooper yang baru berusia 15 tahun.
Dengan bukti yang makin kukuh dan menakutkan, Fred dan Rose akhirnya didakwa pada 30 Jun 1994 sebelum Fred membunuh diri dalam penjara pada Januari 1995.

Rose pula menafikan kesemua sepuluh pertuduhan membunuh, tetapi selepas perbicaraan yang menyayat hati, dia didapati bersalah atas semua kes. Wanita keji itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Perbuatan terkutuk mereka turut menggemparkan England sehinggakan kisah menakutkan itu didokumentarikan di Neflix.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

