TANPA berselindung, Khai Bahar mengakui dirinya bukan seorang yang gemar memandu kenderaan dan tidak tergolong dalam ‘komuniti lelaki gila kereta’ waima memiliki status kewangan kukuh.

Pemilik nama penuh, Muhammad Khairul Baharuddin itu berkata, beliau lebih suka duduk di rumah sahaja.

Menjadikannya artis yang ‘simple’, beliau memilih untuk pulang ke kampung halaman di Perlis dengan menggunakan kereta api sahaja! Apa sebabnya?

Selain perihal pemanduan dan pengangkutan, penyanyi lagu Bayang itu Khai turut berkongsi tentang ceritera cinta yang tidak kesampaian dan hak keistimewaan yang bakal diterima oleh pemilik belahan hati setelah berumah tangga kelak.

Meskipun tiada sebarang perancangan terdekat, namun Khai sudah meletakkan sasaran untuk berkahwin. Baginya, biarlah beliau mencapai segala keinginan dan melunaskan impian sebelum sedia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Iklan

Tidak terhenti di situ, pelbagai kisah menarik lagi banyak dikongsikan Khai menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar Sinar Ahad minggu ini. Layari juga sinarplus.sinarharian.com.my

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya PTSP ambil masa untuk pulih, Transisi bahan kitar semula jadi fesyen dan Aroma buluh jadi penyedap.