30 JANUARI 2022

Untitled design (10)
Untitled design (10)
A
A
A

KEHILANGAN. Itu satu perkataan yang boleh membikin diri bermuram durja dan rasa pedihnya bagaikan dihunus pedang paling tajam. Ia akan menjadi lebih terkesan sekiranya melibatkan insan penting dalam hidup.

Namun, meskipun perit untuk ditelan, kehidupan tetap perlu diteruskan dan kita tidak boleh terlalu dibelenggu dengan kenangan silam.

Itu yang dialami oleh pemilik nama Sean Lee Jia Ern atau terkenal dengan Sean Lee. Pelakon dan pengacara itu mengakui, emosi kehilangan dua insan tersayang terbawa-bawa sehingga dirinya memilih untuk memencilkan diri.

Sedar pendekatan sebegitu tidak elok, mengambil semangat Tahun Harimau pada tahun ini, Sean berazam untuk lebih memberi fokus kepada keluarga.

Justeru, bagaimana suasana sambutan Tahun Baharu Cinanya tahun ini?

Pada tahun 2022 ini juga, anak kelahiran Selangor itu beriltizam ingin memperbaiki mutu bahasa Melayu supaya pertuturannya saat berlakon mahupun mengacara lebih fasih dan lancar.

Banyak lagi yang diperkatakannya ketika pertemuan kami berlangsung di Studio Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ikuti wawancara penuh penulis bersama beliau dalam sisipan Sinar Plus di akhbar Sinar Ahad minggu ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Jangan perlekeh budak mata juling, Ayam tempatan serkam penuh aroma dan Air mata Sofiya, Nadia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca