SINAR PLUS 21 FEBRUARI 2021

Syaidatul Afifah
Syaidatul Afifah
A
A
A

KELIBAT Ratu Boling Tenpin Negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, 30, yang melangkah masuk ke Studio A Karangkraf tepat pukul 10 pagi, Khamis minggu lalu membuatkan kami yang berada di situ terpana seketika.

Dengan ketinggian 169 sentimeter dan hanya calitan solekan yang sederhana, auranya persis seorang model. Beliau tidak berseorangan ke studio, sebaliknya ditemani ibu tersayang, Roziah Mohammad Zahari, 55.

Portfolio anak kelahiran Ipoh, Perak itu dalam industri sukan negara memang bukan biasa-biasa. Justeru, jolokan Ratu Boling Tenpin Negara memang cocok dengannya berdasarkan siri kejayaannya menumbangkan banyak lawan di peringkat lokal dan antarabangsa.

syaidatul afifahUntuk menghuraikan kemanisan kemenangannya memang sarat. Namun, cukuplah SinarPlus menyenaraikan yang utama sahaja.

Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Gideon OKU Yang Tetap Gigih Bekerja dan Senggugut Tak Boleh Dipandang Enteng.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca